Label 10

Home » » Terkini ! Seprang Pendaki Everest Meninggal Dunia & Seorang Kritikal..Alfatihah !

Terkini ! Seprang Pendaki Everest Meninggal Dunia & Seorang Kritikal..Alfatihah !

Written By AAKJ on Tuesday, June 4, 2013 | 9:24 PM


Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) 

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama. 

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk. 

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. 

Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu. - BH
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 4, 2013 at 11:23 PM

lepas ni akan ada laa suara-suara yg mendesak supaya ekspedisi daki gunung everest oleh rakyat Malaysia dikaji semula.

Padahal, mangsa meninggal kerana waktu dan ketikanya dah sampai. Setiap tahun ramai pendaki gunung meninggal kerana ams dan setiap pendaki (terutama yg nak ke puncak everest) tahu tentang kemungkinan ini.

Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama para solihin...ameen..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger