Label 10

Home » , » Terkini!!! Mayat Mangsa Runtuhan Penebat Kilat Menara UMNO Terbenam Sekurang- Kurangnya 40 Meter

Terkini!!! Mayat Mangsa Runtuhan Penebat Kilat Menara UMNO Terbenam Sekurang- Kurangnya 40 Meter

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 6:00 PM

Semalam aakj ada keluarkan bagaimana mendiang d timpa struktur tersebut..video d SINI


Bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berkata mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Kok Khong berkata panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu.

"Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah," kata Kok Khong.

"Dia akan terbunuh serta-merta."

"Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.

"Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.

"Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti," katanya.

"Selebihnya masih tertanam bersama mangsa". Kok Khong berkata kerja-kerja penggalian tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana keadaan tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan.

Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh ahli-ahli keluarga Chin Aik, Ketua Menteri Lim Guan Eng menunjukkan rakaman CCTV ketika kereta mangsa dihempap konkrit.

Guan Eng berkata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa sijil kematian akan dikeluarkan untuk Aik Chin berdasarkan tiga sebab pengakuan saksi, nombor casis kereta dan bukti video.

Beliau juga mengumumkan kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan untuk menyiasat kegagalan dua struktur sivil yang telah mengorbankan tiga nyawa dalam masa satu minggu.

Suruhanjaya itu akan meneliti keruntuhan Jambatan Pulau Pinang kedua di Batu Maung pada 6 Jun dan runtuhan struktur penebat kilat konkrit dari Menara Umno pada 13 Jun.

Bekas anggota polis Tajuddin Zainal Abidin, 45, maut dalam insiden di Batu Maung manakala dalam kejadian di Jalan Macalister, pemandu lori Jahir Hussain Sulaiman, 46, juga terkorban. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger