Bila keluarga atau sahabat kamu mati kemalangan digilis kereta atau seumpamanya, badan hancur berkecai, kamilah yang kutip daging dijalanan.
Bila keluarga atau sahabat kamu mati dibunuh, dibakar kamilah yang bersengkang mata ketempat kejadian, mencari dan memburu ada yg berhari,berminggu dan berbulan2 menyiasat
Bila keluarga atau sahabat kamu ada yang buang bayi kedalam tong sampah, kamilah yang memungutnya
Bila keluarga atau sahabat kamu di timpa musibah, disamun, dirogol, dirompak kamilah yang akan kamu cari, dan kami jualah yang akan terusan dengan sekeping fail kuning, kehulu kehilir, dimaki , dihamun kekadang, tidak bercuti..dan terpaksa berfikir..sedayanya
Bila keluarga dan sahabat kamu sibuk bercuti hariraya, bercuti dihujung minggu, kamilah yang selalu tidak dapat bercuti menjaga simpang, disetiap jalan, berpayung kecil ditepi lebuhraya.. dan dihujung minggu
Bila keluarga dan sahabat kamu sibuk berdemontrasi, kami jualah yang bersengkang mata dari pagi hingga ke malam, siap sedia sana, siap sedia di sini
Bukan mahu berkira atas segalanya dan tidak sedikitpun kami mengharapkan ucapan terima kasih, cuma meminta kamu janganlah kami dan keluarga dihina atas apa rezeki yang telah ditetapkan pada kami menjadi POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kalau kamu, keluarga dan Sahabat kamu memerintah Malaysia sekalipun kamu tetap perlukan semua itu. Bersyukurlah atas segalanya...
-nukilan abang polis
+ comments + 2 comments
biarlah mereka berkata nista. satu hari nanti benda ini akan kembali kepada yg berkata tu.
Brsabar wahai sdr ku,angaplah ini sebagai bonos utk saudara diakhirat nanti..insyaallah!
Post a Comment