Label 10

Home » » Apa Jasa Nik Aziz Hinggakan Dewan Lulus Usul Ucapan Terima Kasih Terhadapnya ?!!

Apa Jasa Nik Aziz Hinggakan Dewan Lulus Usul Ucapan Terima Kasih Terhadapnya ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, June 18, 2013 | 10:30 PM


Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memegang jawatan itu selama 23 tahun.
Usul berkenaan dicadangkan Azami Mohd Noor (Pas-Kadok) sebelum dewan membuat penggulungan perbahasan yang kemudiannya mendapat persetujuan kesemua anggota dewan berkenaan.
Nik Abdul Aziz (Pas-Chempaka) yang merupakan Mursyidul Am Pas menjawat jawatan menteri besar sejak PAS memerintah pada 1990 sebelum menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Ahmad Ya’kub selepas parti itu menang pada pilihan raya umum lalu.
Sebelum itu, ketika menyokong usul berkenaan, seorang penyokong kerajaan negeri, Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) sekali lagi membuat tuduhan liar terhadap Barisan Nasional (BN) yang kononnya gagal menerapkan nilai Islam di negara ini berbanding apa yang telah dilakukan kerajaan Kelantan pimpinan Pas.
Mohd Zaki mendakwa disebabkan kerajaan negeri mengharamkan unsur perjudian, penduduk terutama di Gua Musang telah ke negeri lain untuk berjudi.
“Saya mendapat maklumat penduduk Gua Musang telah pergi ke Ipoh (Perak) dan Kuala Lumpur untuk pergi berjudi,” katanya.
Dakwaan Mohd Zaki itu kemudiannya dibantah Mat Yusuff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) yang bangun meminta penyokong kerajaan itu memberikan bukti jika benar penduduk Gua Musang telah pergi berjudi ke negeri berkenaan.
“Saya minta Kelaboran memberikan bukti terhadap perkara itu apakah benar penduduk Gua Musang telah pergi berjudi ini,” katanya.
Mohd Zaki bagaimanapun gagal memberikan penjelasan terperinci walaupun mendakwa mempunyai bukti.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger