Label 10

Home » » Semua Negeri Sokong Najib & Muhyidin Kekal

Semua Negeri Sokong Najib & Muhyidin Kekal

Written By AAKJ on Thursday, June 6, 2013 | 1:10 PM


PRU13 dah berakhir, dah dapat keputusan dan angka yang terpampang menunjukkan prestasi parti yang bertanding.

Walaupun nampak zahiriah BN menurun dalam prestasi kalau d bandingkan dengan PRU12 tapi hikmah yang tersembunyi perlu kita terjemahkan, kita tak boleh jadi hipokrit kerana angka tidak menipu.

Dari angka yang keluar, kerusi yang UMNO bertanding dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang malah BN dapat balik negeri Kedah dan d akui beberapa negeri agak merosot dengan keputusan PRU13, namun keseluruhan prestasi UMNO memberangsangkan.

Kini, UMNO bakal bersidang lagi dan kali ini adalah tahun yang ada pemilihan d semua peringkat. Keberanian PM Najib "mentransformkan' UMNO d awal beliau mengambil alih memperlihatkan kesungguhan Najib untuk memastikan UMNO terus kekal relevan.

Walaupun Najib buka seluasnya pintu untuk Ahli UMNO bertanding, namun secara tradisinya 2 Jawatan tertinggi TIDAk d PERTANDINGKAN.

Malah tradisi Jawatan Presiden & Timbalan Presiden tidak bertanding ini masih nampak relevan kerana sejarah UMNO memperlihatkan pertandingan 2 jawatan tertinggi lebih banyak buruk dari baiknya.

Cadangan supaya tiada pertandingan juga telah datang dari beberapa Menteri Besar :

Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan di dalam pemilihan Umno kali ini dan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan masing-masing.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berkempen untuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.
Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.
“Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.
“Saya sendiri akan berkempen untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.
Malah Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN).
"Kita perlukan kedua-dua mereka untuk mengetuai kita...tiada keperluan untuk jawatan tersebut dipertandingkan,"

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyokong agar kepimpinan Najib dan Muhyiddin dikekalkan.
  
Beliau melihat cadangan bagi mengekalkan penyandang bagi kedua-dua jawatan itu dalam pemilihan kali ini sebagai langkah yang positif dalam menjayakan misi transformasi parti.
  
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, tindakan itu bukanlah mahu menafikan hak anggota untuk memilih atau menafikan demokrasi sebaliknya menilai bahawa Umno di bawah kepimpinan Najib menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang apabila berjaya menambahkan kerusi Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
  
"Selain itu juga Umno telah melalui sebuah transformasi drastik dan menjadikan jentera PRU paling kuat dalam sejarah Umno, dan saya percaya kekuatan ini dirasai hingga ke peringkat akar umbi"

"Selain itu juga, Umno di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh empat tahun ini memperlihatkan khidmat yang tidak berbelah-bagi kepada rakyat, pelbagai transformasi telah dilakukan termasuklah, langkah mengiktiraf suara orang muda dapat dilihat apabila presiden dan timbalan presiden Umno membariskan calon muda dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.

Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie Afdal juga turut menyokong..   
   


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 6, 2013 at 3:36 PM

Kalau majoriti ahli umno nak pertandingan, biarkan saja. Apa nak susah, umno milik ahli, bukan milik sorg dua saja. Jgn biarkn ahli memendam rasa..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger