Label 10

Home » » Pilot AirAsia Kejar Masa : Penumpang Pecah Gegendang Telinga !?

Pilot AirAsia Kejar Masa : Penumpang Pecah Gegendang Telinga !?

Written By AAKJ on Wednesday, June 5, 2013 | 4:00 PM


SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.
Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.
Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.
Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya
Ini membuatkan yang dia percaya yang  juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.
Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.
Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.
“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .
Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.
Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.
” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.
Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.
Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut  untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 5, 2013 at 4:16 PM

pressurization system fail during flight,,the pilot must fly at low level 8000ft,or abort the flight..may be...

Anonymous
June 5, 2013 at 4:18 PM

ada can menang kes kalau saman tu,,,tiket jangan buang

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger