Kakak kepada budak berusia 10 tahun, Nur Zalila Ibrahim yang hilang dipercayai dilarikan seorang perempuan tomboi mendakwa jirannya melihat kelibat tomboi yang dikenali sebagai Along itu bersama Nur Zalila di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 di Pantai Geting, Tumpat malam kelmarin.
Nurul Huda, 18, berkata, jirannya itu yang menghadiri pesta wau itu kelmarin melihat Along, 23, bersama adiknya menaiki motosikal di kawasan pesta tersebut kira-kira pukul 11 malam.
“Jiran saya itu kata, dia nampak Along dengan adik saya menaiki motosikal di kawasan pesta wau tetapi gagal dikesan selepas itu,” kata Nurul Huda ketika dihubungi semalam.
Post a Comment