Label 10

Home » » Pemuda UMNO Malaysia Sebulat Suara : Presiden & Timbalan TIada Pertandingan

Pemuda UMNO Malaysia Sebulat Suara : Presiden & Timbalan TIada Pertandingan

Written By AAKJ on Thursday, June 6, 2013 | 7:58 PM


Demi perpaduan dan keutuhan Parti Umno maka Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia dengan sebulat suara menyokong bahawa tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan parti.

Mesyuarat Exco Pemuda Malaysia berlangsung d Ibu Pejabat UMNO PWTC petang ini.

Pemuda UMNO Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan untuk Barisan Nasional menjadi parti tunggal. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Yang Berhormat saudara Khairy Jamaluddin berkata Exco Pemuda mahu UMNO kekal seperti sekarang. 

Masa belum sesuai lagi untuk itu, Khairy juga berkata sistem keahlian terus BN yang pernah diputuskan tidak lama dulu perlu diaktifkan untuk mereka yang tidak mahu menyertai mana mana parti komponen Barisan Nasional. 

Dalam sidang media yang lain pula selepas itu, YB Dato Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia umumkan bahawa Exco Pemuda UMNO Malaysia mahu YB Khairy Jamaluddin mempertahankan jawatan Ketua Pemuda tanpa ditandingi. 

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, Razali tidak mempertahankan kerana umur beliau sudah melebihi 40 tahun. 

Bagi Sangkakala ianya amat baik memandangkan Pergerakan Pemuda masih lagi memerlukan khidmat YB Khairy dalam merangka dan memperkasakan pergerakan itu demi menjamin kekuatan Pemuda UMNO Malaysia. 



fotohiase
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 7, 2013 at 1:31 AM

Terserah nak buat apa....hanya semua org mau berubah corak kepimpinan PRO MELAYU PRO MELAYU PRO MELAYU

Jgn tak berubah..cukup bagi cina makan kenyang buntang..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger