Label 10

Home » , , » PAS Berputih Mata Azizan Terima Anugerah

PAS Berputih Mata Azizan Terima Anugerah

Written By AAKJ on Sunday, June 2, 2013 | 2:00 PM


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.

Isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah berkata, ini kerana Azizan perlu berehat panjang dan lebih banyak tidur selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.

“Saya dikejutkan dengan berita ini menerusi panggilan telefon rakan-rakan yang ucapkan tahniah," katanya, sambil ucap jutaan terima kasih kepada Tuanku Abdul Halim.

“Saya terharu kerana jasa dan pengorbanan Azizan dihargai pihak istana yang mengurniakan gelaran Tan Sri. Ini menunjukkan Azizan tetap diingati ramai pihak walaupun sakit dan tidak lagi menjadi menteri besar,” katanya.

Menurutnya, penghargaan ini menunjukkan ramai pihak menyenangi kepimpinan Azizan, termasuk pendekatan beliau dalam menerajui Kedah selama lima tahun lalu.

“Azizan memang mesra dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Beliau selalu bincang isu rakyat dengan pemimpin setempat walaupun tidak sealiran dalam politik,” katanya.

Bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan adalah penerima pertama dari kalangan pemimpin Pas.

“Dijangka Azizan akan mendapat khabar gembira ini apabila dimaklumkan oleh isteri beliau, esok (hari ini) selepas beliau lebih segar. Beliau masih letih setelah rawatan dialisis buah pinggang,” katanya.

Azizan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.-sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger