Label 10

Home » , » "Pas Akan Turut Serta Himpunan Bantahan PRU13" - Mat Sabu

"Pas Akan Turut Serta Himpunan Bantahan PRU13" - Mat Sabu

Written By AAKJ on Wednesday, June 12, 2013 | 2:00 PM



Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu parti itu turut serta dalam perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas membuktikan wujudnya kecelaruan pendirian dalam kalangan pemimpin parti Islam tersebut.

Menyifatkan kecelaruan itu sebagai sesuatu yang pelik dan mengecewakan, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin turut mempersoalkan keperluan parti tersebut menyertai demonstrasi yang dikhuatiri bakal 'menghumban' negara ke kancah kebinasaan jika bertukar ganas.

''Ambillah iktibar apa yang berlaku di Turki baru-baru ini. Mengikut sejarah Islam, tiada yang membenarkan perlakukan demonstrasi terhadap pemerintah. Kalau ada pun, demonstrasi pertama melibatkan golongan penentang Saidina Uthman sehingga beliau terbunuh.

''Demonstrasi ini wujud sekadar nak pamerkan rasa marah dan tidak puas hati. Akan ada yang menghamburkan perkataan-perkataan tak baik atau fitnah. Oleh itu, kalau benar Mohamad Sabu kata Pas setuju sertai demonstrasi, kita amat kecewa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamad seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini mengenai persetujuan jawatankuasa Pas Pusat mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Namun, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Riza berkata, negara ini memiliki undang-undang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan mana-mana parti yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan petisyen.

''Ikutlah undang-undang, itu lebih mudah dan jangan heret rakyat melakukan demonstrasi kerana ia tidak baik kepada negara. Kita minta ahli Pas supaya berfikiran rasional kerana demonstrasi ini tak lain hanyalah untuk menyusahkan orang lain,'' katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger