Label 10

Home » , , » Kroni Nik Aziz Di Rompak ? RM500,000 Emas & RM50,000 Tunai !!

Kroni Nik Aziz Di Rompak ? RM500,000 Emas & RM50,000 Tunai !!

Written By AAKJ on Monday, June 24, 2013 | 10:30 PM


Kota Bharu: Seorang ahli perniagaan kehilangan wang tunai sebanyak RM50,000 dan barang kemas milik keluarganya yang mencecah RM500,000 selepas rumahnya di Kampung Pondok Pasir Tumboh di sini, dipecah masuk.

Barangan yang dilaporkan hilang ialah enam set permata berlian, tiga set barang kemas termasuk lima rantai tangan dan 10 cincin berlian dan wang tunai. 
Kejadian dipercayai berlaku ketika Nudin Awang, 55, bersama 13 ahli keluarganya termasuk menantu tiba di rumah dari Kuala Lumpur. 
Sebaik tiba di rumahnya jam 6.30 petang, Nudin mendapati pintu bilik di tingkat bawah terbuka dan keadaan dalam bilik berselerak.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati peti besi terbuka, manakala cermin tingkap pecah dan jeriji pula seperti dipotong.

“Saya bergegas naik ke tingkat atas dan mendapati bilik anak dan menantu turut digeledah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 
Nordin berkata, kejadian pecah rumah sering berlaku sekitar kawasan itu dan tidak menolak kemungkinan dilakukan penagih dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.




Siapa Nudin ? Kaya benar nampaknya..benarkah beliau hanya drebar Nik Aziz ? Kroni ? Klik d SINI

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 25, 2013 at 3:52 PM

mungkin DRIVER peribadi merangkap org kanan bukan DREBAR sopir...keh keh keh masyukkkkkk

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger