Label 10

Home » , » Iklan Papan Tanda : Kerajaan BN Tidak Peka Atau Pegawai Yang Sabotaj ?

Iklan Papan Tanda : Kerajaan BN Tidak Peka Atau Pegawai Yang Sabotaj ?

Written By AAKJ on Friday, June 28, 2013 | 9:59 AM


PPIM bersama Kelab Wartawan Muda Malaysia mengadakan sidang akhbar mengenai isu penggunaan bahasa bukan kebangsaan di papan tanda iklan yang dilihat semakin berleluasa di Malaysia.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan persatuan tersebut menerima banyak aduan mengenai pengunaan bahasa bukan kebangsaan di papan tanda iklan di negara ini.

Pengunaan bahasa bukan kebanyasaan ini menimbulkan banyak keresahan yang serius di kalangan rakyat.

Malahan kebanyakan papan tanda tersebut menjadikan Malaysia kelihatan seperti Hong Kong, Beijing dan Singapura.

Perkembangan pengunaan bukan bahasa kebangsaan ini tidak memberi kebaikan kepada negara dan tidak munasabah.

Fenomena ini dianggap tidak selari dengan kehendak Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan keretakan dalam kalangan rakyat.

Jika kerajaan serius untuk 'national reconcillation' ia perlu dimulakan dengan mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang dianggap sebagai anti-national ini dan menodai bahasa kebangsaan.


Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, pengunaan bahasa bukan kebangsaan ini mengelirukan pelancong.

Justeru beliau mahu pihak berkuasa tempatan dan Dewan Bahasa dan Pustaka memantau serta menguatkuasakan undang-undang untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Ini kerana isu papan tanda bukan bahasa kebangsaan ini sama isu sekolah vernakular di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jika tindakan tidak diambil, akan sampai satu tahap bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati.






by KHAIRULANUAR YAHAYA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger