Label 10

Home » , » Desak Anwar Undur Dari Arena Politik

Desak Anwar Undur Dari Arena Politik

Written By AAKJ on Friday, June 28, 2013 | 9:48 AM




Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim. Beliau terlalu memandang rendah pemimpin dan rakyat Malaysia. Janji demi janji yang membohongi dan mendustai rakyat terus ditabur oleh Anwar tanpa rasa malu dan keji sedikitpun. Dan beliau sentiasa berpendapat beliau mampu lepas dari apa sahaja janji dan kesalahan dengan memutarbelitkan fakta sewenang-wenangnya.
Penulis terpanggil untuk mengulas isu ini berikutan dengan tindakan Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang menunaikan janji beliau untuk meninggalkan arena politik apabila telah kalah kepada Kevin Rudd sebagai Ketua Parti Buruh. Walaupun beliau bukan beragama Islam namun beliau mengotakan janjinya.
Berlainan pula dengan Anwar Ibrahim yang berperangai cukup munafik apabila sentiasa memungkiri janji beliau apabila berjanji. Di dalam video ucapan Anwar pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah sekiranya rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Rakyat telah bersuara dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional untuk memerintah Negara namun janji munafik Anwar terus berlegar di awangan dengan putarbelit si munafik ini kononnya Suruhajaya Pilihanraya menipu. Umum amat arif bahawa ini adalah tipudaya Anwar semata-mata untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenarnya iaitu perletakkan jawatan Anwar Ibrahim
Sesungguhnya Anwar memang manusia yang tidak ada maruah. Beliau sedar bahawa lebih dari 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)
Bukan itu sahaja, malahan Anwar juga pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya
Ayat putarbelit Anwar kali ini , “Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya pada sidang media yang lepas di Ibu Pejabat PKR
Anwar dengan perangai munafik yang tak sudah berani mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan masing-masing di perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang Sabtu lepas.
Konon kedua-duanya telah gagal menjalankan tanggungjawab memastikan ketelusan pilihan raya terutama dalam isu dakwat kekal yang menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk mengendalikan SPR sedangkan dakwat kekal hanya sebahagian cara sahaja yang pembangkang desak. Hakikatnya kehadiran wakil calon setiap parti disetiap Pusat Daerah Mengundi dan senarai nama yang dipantau dengan begitu rapi menjamin ketelusan proses undian yang telah dijalankan.
Bila Anwar akan mengotakan janjinya untuk berundur? Saya sarankan semua pihak patut membuat desakan berterusan ke atas Anwar Ibrahim untuk berundur dari arena politik tanahair. Kami semua sudah muak dengan sandiwara murahan Anwar.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 28, 2013 at 2:11 PM

cina dah kaji sifat melayu terutama melayu pembangkang. cina guna sepenuhnya sifat taksub dan percaya membabi buta mereka. tapi cina tdk turun lansung ke bawah..cina hanya guna pemimpinnya aje.. pemimpin melayu inilah yg jadi tali barut.. yg bawah hanya ikut kerana taksub dan percaya ke pemimpin ditambah dgn dalil utk menghalal semua perbuatan.

jadi sekarang ni..org melayu yg dipermainkan. setuju atau tdk setuju inilah kenyataannya. Di pihak pembangkang tak perlu sebut..kita dah tau makhluk yg jenis ini.tuan blogger pun dah nyatakan....byk lagi yg lain...tapi saya pasti ramai yg tau. moga semua org melayu dah sedar. kesilapan yg kita buat telah menghancurkan org melayu sendiri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger