Label 10

Home » , » Exco Johor : Tee Siew Kiong Letak Jawatan Dalam MCA

Exco Johor : Tee Siew Kiong Letak Jawatan Dalam MCA

Written By AAKJ on Saturday, June 15, 2013 | 6:00 PM

Tee Siew Kiong

Exco Johor, Datuk Tee Siew Kiong pada Jumaat mengumumkan beliau telah meletakkan kesemua tujuh jawatannya dalam MCA, dan hanya akan mengekalkan keanggotaannya seumur hidup dalam parti.
Tee berkata, tujuh jawatan tersebut ialah setiausaha organisasi MCA, anggota Majlis Presiden, anggota Jawatankuasa Pusat, anggota Jawatankuasa Pemandu Pilihan Raya, anggota Jawatankuasa Hubungan MCA Negeri Johor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihan Raya MCA Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Pontian.
“Saya akan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Displin MCA pada 17 Jun ini bagi menjelaskan mengenai pelantikan saya sebagai Exco Johor.
“Sebagai rakyat Johor, saya tidak boleh menentang titah perintah Sultan maka saya tidak mempunyai pilihan lain tetapi menerima pelantikan sebagai Exco. Titah Sultan bahawa perlu ada wakil pelbagai bangsa dalam Kerajaan Negeri dan saya diperintah untuk mewakili masyarakat Cina dalam Kerajaan Negeri Johor.
“Saya mengulangi bahawa parti tidak mencadangkan saya untuk memegang jawatan di kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tee berkata, perletakan jawatannya itu bagi mengelakkan segelintir anggota parti untuk terus mengeksploitasi perkara berhubung pelantikannya sebagai Exco Johor.
“Saya kesal segelintir anggota parti telah menjadikan pelantikan saya (Exco) sebagai satu isu, yang bukan sahaja menyasarkan saya tetapi pada masa bermatlamat untuk menghancurkan perpaduan parti.
“Bagi mengelakkan daripada mereka ini terus mengeksploitasikan isu tersebut, saya tiada pilihan tetapi dengan meletakkan kesemua jawatan dalam parti. Saya tidak akan meninggalkan parti kerana saya merupakan sebahagian daripada keluarga besar ini untuk lebih 30 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Tee mengulangi bahawa beliau menyokong keputusan parti untuk meolak semua jawatan Kerajaan Pusat sekiranya MCA gagal memberikan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum yang lepas.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger