Label 10

Home » , » Budak 11 Tahun Jadi Bapa Kepada Anak Wanita 36 Tahun

Budak 11 Tahun Jadi Bapa Kepada Anak Wanita 36 Tahun

Written By AAKJ on Saturday, June 15, 2013 | 3:56 PM

New Zealand

WELLINGTON – Seorang budak berusia 11 tahun di New Zealand dilaporkan menjadi bapa kepada kanak-kanak dengan wanita 36 tahun, yang juga ibu kepada rakan sekolahnya.
Laporan semalam itu sekali gus menimbulkan persoalan mengapa wanita tidak boleh didakwa atas tuduhan merogol di negara itu.
Kaunselor di kawasan kes penganiayaan seks ke atas kanak-kanak itu berkata, kes itu diketengahkan berikutan kurangnya tumpuan diberikan kepada wanita yang menjadi penyebab keadaan itu, lapor akhbar New Zealand Herald.
Kes itu turut memaksa undang-undang yang berkaitan disemak semula di mana jenayah rogol bukan hanya dilaksanakan terhadap golongan lelaki saja.
Menteri Undang-Undang, Judith Collins, berkata pihaknya akan menyiasat kes yang dilaporkan akhbar berkenaan.
“Kes ini mengetengahkan satu fakta yang penting. Saya akan meminta nasihat pegawai sama ada kita perlu memindah undang-undang yang berkaitan,” katanya.
Wanita dan budak berkenaan yang nama mereka tidak didedahkan, tinggal di daerah North Island di Auckland.
Pengetua sekolah kanak-kanak itu memberitahu New Zealand Herald bahawa dia terkejut apabila kanak-kanak berkenaan memberitahu apa yang berlaku ke atasnya.
“Anda tentu tidak akan sukakan saya,” kata pengetua itu mengingati apa yang kanak-kanak itu memberitahunya hujung tahun lalu.
“Dia (mangsa) berkata dia mengadakan hubungan seks dengan emak kepada rakannya dan ‘dia perlu menghentikannya’.
Mengikut Undang-Undang New Zealand, jenayah rogol hanya dilaksanakan kepada lelaki yang jika didapati bersalah boleh membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun.
Wanita yang memaksa lelaki mengadakan hubungan seks boleh dituduh atas kesalahan penganiayaan seksual yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun.- AFP

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger