Label 10

Home » » Bilik Perang BN Tidak Gagal !

Bilik Perang BN Tidak Gagal !

Written By AAKJ on Tuesday, June 4, 2013 | 9:00 AM


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada parti selepas berjaya mengekalkan mandat sebagai kerajaan Persekutuan.

Katanya, tuduhan BN gagal mendapatkan pertambahan bilangan kerusi kononnya kerana kegagalan daripada Bilik Perang (War Room) BN menjalankan fungsinya adalah jelas tidak benar.

“Tuduhan tersebut dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berada dalam komiti Bilik Perang terbabit,” katanya.

Ujarnya, segala aktiviti dan pelaksanaan tugas yang dilakukan dalam Bilik Perang BN adalah bersifat rahsia dengan perbincangan dalaman dilakukan secara telus dan tepat.

“Saya juga menolak manipulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang dengan anggapan bahawa BN gagal malah UMNO sebagai komponen terbesar dalam BN berjaya menambah bilangan kerusinya daripada 79 pada 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“BN juga mendapat sokongan padu dengan mengembalikan kuasa pentadbiran di Negeri Kedah dan Perak kepada BN,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semua data dan maklumat yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar.

“Saya menafikan semua tuduhan-tuduhan tersebut,” ujarnya.

Dilaporkan, selepas PRU-13, terdapat segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang memainkan sentimen masyarakat dengan mengeluarkan data-data dan fakta palsu sebagaimana kononnya berlaku gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi, wujudnya pengundi hantu selain harga barangan keperluan yang naik.

“BN sentiasa mendukung sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dan yakin bahawa PRU-13 lalu berlangsung dengan sempurna.”

Tambahnya lagi, BN juga tidak akan mengkhianati rakyat sebaliknya melakukan pelaksanaan sebagaimana perancangan dalam Aku Janji pilihan raya.

Manifesto BN yang dibentangkan oleh Pengerusnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah aku janji yang bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dengan tajuk ‘Meniti Janji Membawa Harapan’ memfokuskan kepada 17 perkara dan akan ditunaikan kepada rakyat. – MediaUMNO
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 4, 2013 at 9:58 AM

Ya la, nafikan aje. Ikut je la . Apa yg bwrjaya pun tak tahu. Kita ikut apa yg bilik perang jangkakan. Kalu target menang lebih 140 kerusi, tapi kurang walaupun sikit dan rakyat bangsa lain tak sokong, menang ker? awak ada maklumat penuh, tapi masih tak dpt jangkaan yg tepat. Menang ker? Maklumat awak tak betul dan kurang tepat. Ni jaga orang atas la ni. Pembodek tahap dewa.

Anonymous
June 4, 2013 at 10:50 AM

yep... bangang... org mcm ni la yg buat umno makin lemah. cuba la mengaku salah dan cuba perbaiki. amik pandangan orang lain. aku makin lama makin menyampah kat pemimpin umno skang ni kecuali Zahid Hamidi. lain semua x bleh pakai.... sbb pas join PR je aku undi umno, kalo x konpem aku bagi undi aku kat pas.

Anonymous
June 4, 2013 at 1:11 PM

Org dlm BN dah lama tak susah tu pasal bila kurang undi pun rasa tak kalah... Najib lahir sudu emas dlm mulut, Tengku adnan lagilah sudu emas, buaian emas, meja emas, tandas emas, mana nak tahu kalah ke menang asal semua emas masih di dlm gengaman... Najib Razak aku bukan nak kurang ajar dgn hang tapi sebagai rakyat yg beragama islam... aku wajib tegur hang yg dah gila membodek Apek doll dan cina doll... ko jgn percaya cakap cina nie... diorg tu semua penipu...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger