Bantuan Kepada Ketua Bahagian UMNO Kelantan Di Hentikan !
Written By AAKJ on Thursday, June 6, 2013 | 10:00 PM
Tok Pa dah buat pengumuman. Projek-projek tidak lagi disalurkan kepada individu, sebaliknya kepada parti!
Dah memang patut pun dibuat semenjak lama dahulu.
Tengok macam PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang... semua projek disalurkan kepada syarikat-syarikat atau entiti-entiti yang ada kepentingan PKR dan DAP di dalamnya. Walau apa cara sekalipun, sebahagian besar daripada keuntungan projek tersebut perlu dikembalikan semula kepada parti.
Sedangkan UMNO pula, lain ceritanya. Projek-projek diserahkan kepada individu dengan harapan, individu berkenaan akan mengembangkan keuntungan yang diperolehi untuk menarik lebih ramai pengundi untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Malangnya keuntungan yang diperolehi, dipengap untuk diri sendiri. Masyarakat dan para penyokong UMNO pula terkebil-kebil. Layanan kepada para penyokong UMNO dibuat seperti PAS melayan penyokong-penyokong mereka walaupun UMNO tidak pernah meminta wang daripada para penyokong mereka sepertimana PAS.
Setelah projek-projek diberikan, kemenangan UMNO dan Barisan Nasional tidak kunjung tiba. Kalau projek tidak diberikan pula, ancaman dan ugutan yang Barisan Nasional serta UMNO tidak akan menang sampai bila-bila atau lebih tepat lagi, tindakan sabotaj akan dilakukan, mudah didengar.
Apabila Mustafa Mohamad buat keputusan sebegitu, ia mungkin akan membuatkan ramai yang memuncungkan mulut sambil memaki hamun, terutama sekali puak-puak pembesar UMNO Kelantan yang lebih ramai berkeliaran di Kuala Lumpur berbanding di tempat yang sepatutnya mereka berikan khidmat dan jaga. (BACA GELOMBANG KICK)
Kita tengok sajalah apa yang akan berlaku selepas ini di Kelantan. Sikap mengada-ngada tetapi bila masa persidangan UMNO, bukan main lagi bercakap tentang bangsa dan kepentingan menjaga parti sampai terkeluar-keluar urat kentut, semakin menjadi-jadi dalam UMNO...
Dengan kata lain, UMNO akan pupus bukan kerana Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang tetapi yang sahnya adalah perbuatan ahli-ahli UMNO sendiri!!!
sumber
Labels:
Politik 4
+ comments + 3 comments
DIHARAP TINDAKAN YG SAMA DAPAT DILAKUKAN UNTUK 'BRIM'. TAK PERLULAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK YG MENENTANG KERAJAAN.BERIKAN 'BRIM 3' KEPADA RAKYAT YG TAHU MENGHARGAI DAN BERSYUKUR MENJADI RAKYAT MALAYSIA.
UBAH LAH SEKARANG.....tiada LAIN KALI lah!!!!
Yap....x payah bg brim pd semua..membazir..
Post a Comment