Label 10

Home » , , » Anwar Sawan : Australia Iktiraf PRU13

Anwar Sawan : Australia Iktiraf PRU13

Written By AAKJ on Sunday, June 2, 2013 | 11:00 PM





Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen Sky mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah...mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

"Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,” katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

"Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat bahawa kita bukan surujanjaya pilihan raya untuk Malaysia.

"Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak...kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,” katanya.

Carr berkata ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

"Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,” katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger