Label 10

Home » » Al-Fatihah Jenazah Mangsa Jambatan Penang II Runtuh Di Kebumikan Awal Pagi Ini

Al-Fatihah Jenazah Mangsa Jambatan Penang II Runtuh Di Kebumikan Awal Pagi Ini

Written By AAKJ on Saturday, June 8, 2013 | 1:16 AM


ISTERI mangsa, Shariffah Ramli (tengah) ditenangkan oleh sanak saudara ketika beliau menunggu mayat suaminya, Tajudin Zainal Abidin di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang malam ini. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.

Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi. 

- UTUSAN ONLINE 

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 8, 2013 at 9:56 PM

Sabar ya..moga Allah mengampunkan dosanya dan melihat kebaikannya..Amin

June 9, 2013 at 11:06 AM

alfatihah..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger