Label 10

Home » » YeeSS !! "Manifesto Bukan Janji" - Mahkamah Rayuan Tolak Saman Ibu-Ibu Tunggal Selangor !!

YeeSS !! "Manifesto Bukan Janji" - Mahkamah Rayuan Tolak Saman Ibu-Ibu Tunggal Selangor !!

Written By AAKJ on Monday, May 13, 2013 | 8:30 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 Nov tahun lepas.

Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.
Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Dis 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Jan lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

SUMBER
Share this article :

+ comments + 15 comments

Anonymous
May 13, 2013 at 8:49 PM

BN .... apa lagi tunggu? JANGAN SEKALI KALI TUNAIKAN APA YANG DIJANJI DALAM MANIFESTO ... TERUTAMA SEKALI JANJI YANG DIBUAT UNTUK MEMBANTU SJK CINA?

Anonymous
May 13, 2013 at 8:51 PM

AKU JANJI TAK USAH DITUNAI .... BUANG MASA AJE! PATUHILAH UNDANG UNDANG....

Anonymous
May 13, 2013 at 8:51 PM

Hahahah.... Padan muko jando-jando selangor.

Anonymous
May 13, 2013 at 8:56 PM

Dah sampai masanya PM ikut precedent baru ini ... manifesto tu bukan janji !!!

PM kena pastikan bantuan utk SJK Cina disalorkan kepada Sekolah Agama Islam ... serta merta ... tapi hanya kat negeri-negeri BN je.

tipu itu suci
May 13, 2013 at 9:07 PM

Yahooo tutup semua sekolah jenis cina. Batalkan universiti cina.

Hormatilah undang2 supaya tidak menghormati manifesto atau akujanji lagi. Aku janji untuk mengungkiri janji selepas ini. Eh mcm mana pulak nak buat tu. Aku konfus lah. Tak paham.

Anonymous
May 13, 2013 at 9:20 PM

Hikmah tersirat untuk BN....

Anonymous
May 13, 2013 at 9:34 PM

Berita Baik!!! Berita Baik!!!

Manifesto Bukan Janji!!!! Manifesto Bukan Janji!!!


Akujanji, macamana pulak???

Anonymous
May 13, 2013 at 9:42 PM

yahooo boleh batak BR1M...kalau aku tak dapat depat pun tak dapat...bukan kata cina melayu yang dapat pun tak bersyukur....jom kita gerakan hapuskan BRIM

Anonymous
May 13, 2013 at 9:44 PM

No more BR1M...No more BR1M....No more BR1M..No more BR1M...No more BR1M....No more BR1M....No more BR1M...No more BR1M...No more BR1M...No more BR1M...No more BR1M...No more BR1M....No more BR1M...No more BR1M...No more BR1M.....No more BR1M

Anonymous
May 13, 2013 at 9:46 PM

Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor...Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor....Cina dapat BR1M beli nombor ekor

Anonymous
May 13, 2013 at 9:48 PM

Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..Melayu dapat BR1M....tauke Cina naik harga barang..

Anonymous
May 13, 2013 at 9:59 PM

@Anonymousoi mak kau pun jando kan?Tak ngaku pulak.

Anonymous
May 14, 2013 at 1:05 AM

Setuju

Anonymous
May 14, 2013 at 9:06 AM

Mengucaplah sedare2 sekalian.... MALU je dgn org KAPIR yg lain... bukankah kamu ni ISLAM? melainkan klu kamu MELAYU... sbb MELAYU x semestinyer ISLAM. Think... think... think...

Anonymous
May 14, 2013 at 1:50 PM

Sabar wahai org melayu semua...bangsa yang mulia disisi tuhan...BRIM kedua yg dijanjikan oleh Amirulmukminin kita akan diterima jua nanti akhirnya...berilah masa utk kerajaan islam kita menaikkan sedikit harga petroleum dulu...sebab isu subsidi petroleum bagi negara2 arab sedang rancak berjalan...sabar...sabarrrr....nanti semua akan dapat...dan sesiapa yg belum dpt BRIM yg pertama sila lupakan dulu janji2 tu....anggap sedekah je lahhh pd kerajaan Islam kita...kahkahkah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger