Label 10

Home » » Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco !

Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco !

Written By AAKJ on Monday, May 6, 2013 | 11:37 PM



Rakyat Kelantan mendapat kepimpinan baru apabila Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar yang baru yang sekaligus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 22 tahun.
Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail dalam Istiadat Pelantikan di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru pula disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Sementara itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud, Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr. Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md. Nawi.
Nik Aziz, 82, mengambil pilihan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990. - kosmo

Husam Musa tidak dilantik semula sebagai EXCO dalam pembentukan kerajaan baru Kelantan. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 7, 2013 at 12:22 PM

SEbenarnya nike ajis berhasrat nak bawak jawatan tu sehingga lubang kubur..tetapi telah dinasihatkan oleh paduka sultan kelantan supaya dia menyerahkan jawatannya kepada orang lain..husam pulak elok laa sebab dah banyak duit derma yang hilang sedangkan projek yang dirancang serta dilakukannya tak berjaya pun ..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger