Label 10

Home » » SAH !! Kalid Gagap Menteri Besar Selangor !!

SAH !! Kalid Gagap Menteri Besar Selangor !!

Written By AAKJ on Monday, May 13, 2013 | 1:58 PM


SAH! Khalid Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Selangor Esok


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Selasa sekali gus menamatkan spekulasi siapa pemimpin Pakatan Rakyat yang akan memegang jawatan tersebut.
Bercakap kepada wartawan, di sini, sebentar tadi, beliau berkata, pagi ini beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Bukit Kayangan, jam 11.30 pagi.
Khalid mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum ke-12 manakala ahli exco negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, 10 hari kemudian.
Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menunjukkan peningkatan daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
Bagaimanapun, selepas kemenangan itu, tiada jaminan bahawa jawatan menteri besar akan dikekalkan oleh PKR kerana parti tersebut memenangi sedikit kerusi berbanding PAS dan DAP.
PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.
Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menyuarakan sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.
Sementara itu, penganalisis politik berkata sesiapa yang dipilih oleh Pakatan perlu mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan rakyat di Selangor.
“Saya percaya sudah tiba masanya untuk MB baru bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat di Selangor, terutamanya isu air.
“Kerajaan negeri itu juga harus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan memastikan semua keputusan tidak membebankan rakyat,” kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama.

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 13, 2013 at 2:31 PM

tergelak sendirian memikirkan nasib kak eda and the gang yg kempunan nk tgk kroni jd MB..drpd tindak tanduknya, terbukti jelas siapa yg gila kuasa..inilah kata bidalan melayu: Paku dulang paku serpih, mengata orang diaa yg lebih!

Anonymous
May 13, 2013 at 2:38 PM

what say u, min?

Anonymous
May 14, 2013 at 8:58 AM

Isu TALAM & ALAM FLORA (SAMPAH) sape yg settlekan? jgn buat2 lupa ke mmg benar Melayu itu mudah lupa... skrg ni isu SYABAS (AIR) in syaa Allah sy yakin TSKI boleh lakukannya... mcm biasa la... yg terpekik2 terlolong2 mcm anjing hanya org2 yg tidak bersyukur dgn air yg diberi secara percuma di Selangor je... kasihannn lg...

May 22, 2013 at 2:35 PM

Aku tak tahulah apa akan jadi dengan S'gor buat lima tahun akan datang ni. kalau lima tahun lepas pun penuh caca merba, kali ni hasilnya pasti akan lebih teruk. dah nasib rakyatkan. Sapa suruh pi undi PR lagi...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger