Label 10

Home » , » Kabinet Menteri Paling Lewat Rabu Ini !! Menteri Cina Tetap Di Lantik !

Kabinet Menteri Paling Lewat Rabu Ini !! Menteri Cina Tetap Di Lantik !

Written By AAKJ on Monday, May 13, 2013 | 3:00 PM


PUTRAJAYA, 3 April -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan jemaah menteri ketika sesi bergambar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.Turut sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri hari ini.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA



Barisan Kabinet baru Malaysia dijangka dibentuk secara rasmi Rabu ini dengan menteri-menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu Mynewshub, perbincangan akhir mengenai senarai menteri-menteri yang bakal dilantik akan dimuktamad dalam masa terdekat.
“Paling lewat Selasa sudah ada pengumuman siapa yang dilantik untuk penggal seterusnya, mungkin Isnin dah boleh tahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Antara yang dicadangkan pada peringkat ini ialah perlantikan 2 menteri Cina mewakili MCA dan MIC juga kekal dengan 2 menteri penuh.
“Jawatan untuk wakil MCA tetap akan dibuat memandangkan banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan wakil Cina dalam kabinet dikekalkan walaupun kaum itu hampir tidak mengundi langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) Ahad lalu,” katanya.
Antara yang dijangka ditawarkan jawatan menteri adalah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau adalah Ahli Parlimen Bentong dan merupakan Menteri Kesihatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi realiti, maka jumlah menteri dari MCA berkurangan daripada 4 orang menteri penuh sebelum ini kepada hanya dua orang.
Bagi kuota MIC, Presiden parti, Datuk G Palanivel dan Datuk Dr S. Subramaniam akan kekal dalam kabinet baru.

SONY DSC

Selain itu menurutnya, penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak juga dijangka adalah yang terbesar dalam sejarah pembentukan kabinet kali ini.
Menurut sumber berkenaan, tiga menteri akan dilantik dari Sabah dan tiga lagi dari Sarawak.
“Jumlah menteri bagaimanapun dijangka kekal seperti sebelum ini (29 orang),” katanya sambil menambah tidak ada kementerian baru akan dibentuk.
Kata sumber itu, salah satu daripada enam yang bakal dilantik dari Sabah dan Sarawak mungkin wanita.
Beliau bagaimanapun menjelaskan awal-awal lagi bahawa Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Papar dicadangkan kekal sebagai Timbalan Menteri.
Ketua Wanita UMNO dan BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berkemungkinan besar tidak akan dilantik lagi.

Datuk Seri Shahrizat

Antara Menteri yang dijangka gugur pula adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (kedua-dua tidak bertanding).

Datuk Seri Ismail Sabri

Tempat Rais dicadangkan untuk diisi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Datuk Seri Ahmad Shabery

Manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dalam PRU-13 juga dijangka tidak akan dilantik.
Khairy Jamaluddin yang tanpa segan silu menawarkan diri untuk berada dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijangka akan dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.

Khairy Jamaluddin

Seorang lagi Timbalan Menteri baru yang dicadangkan adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul rahman.
Najib juga dijangka akan mengurangkan perlantikan Senator untuk mengisi jawatan di peringkat kementerian, kata sumber itu.
“Namun akan ada juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai senator untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri,” katanya.
Selain itu, kejutan mungkin berlaku apabila Kementerian Pembangunan Wanita mungkin diterajui Menteri lelaki menurut sumber berkenaan.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 13, 2013 at 5:38 PM

Dah begitu banyak pembeli rumah kena tipu dengan pemaju pemaju masih nak bagi menteri kat depa lagi?

Anonymous
May 14, 2013 at 2:08 AM

Benar nasihat nenek moyang Melayu...dr kecil kita dgr jaga anak lihat sekeliling pilih kawan..... Sampai besar kita diingat....kalau tak rosaklah kita....

ROSAKLAH NAMA PEMIMPIN JIKA SEKELILINGNYA TIDAK BERES....... Pilihlah yg bagus berani tegas benar benar berkhidmat khas Melayu yg susah....

MENTERI PERUMAHAN TOLONG ORG MELAYU...harap buat byk rumah utk Melayu sediakan tanah rumah harga rendah utk Melayu bukan hanya pegawai kerajaan....Org Melayulah UMNO menang BUKAN CINA...byk Melayu kerajaan sokong Pkr....

Menteri Melayu dah duduk di atas jgn hanya pakai kot menyombong diri pandang ke bawah...org di bawah dan susah ini kamu duduk di atas

Semua atasan UMNO jgn hanya fikir utk mengayakan diri sendiri.....

Rumah kamu besar....org lain juga nak
Mewah berduit......org lain juga nak
Hidup senang....org lain juga nak
Jgn hanya kaut sendiri.....

Jgn hanya fikir keluarga anda shopping cuti.keluar negeri makan steak baju meriah...org Melayu hidup seadanya melopong .....
Tapi undi suruh org Melayu sokong....

BIG BOSS PEGAWAI KERAJAAN CUKUP CUKUPLAH BERI TANAH KAT CINA BUAT RUMAH MAHAL ORG MELAYU TAK MAMPU....

INGAT MELAYU UNDI UMNO MENANG BUKAN CINA

TGK P PINANG CINA MENANG ABIS SAPU BERSIH...JAWATAN...TANAH..RUMAH...BISNESS
SEMUANYA....MELAYU TINGGAL APA....PI TANYA PKR PAS PAKATAN

MELAYU JGN BODOH JGN TERHEGEH HEGEH
DPT DUIT DR CINA SEMUA LESEN DIBAGI SEMUA LULUS....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger