KITA tidak membenci pembangkang, seperti mana rakyat yang lain, mereka juga ada hak untuk meyuarakan rasa ketidapuasan hati mereka.
Bahkan kehadiran mereka sangat penting agar konsep ‘check and balance’ itu terus diperkasakan.
Namun kita tidak boleh menerima jika fungsi pembangkang itu disalahguna untuk mencerca dan memfitnah hingga menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan sedia ada.
Dalam kes pencerobohan di Sabah tempoh hari, sepatutnya kita mengenepikan perbezaan yang wujud di antara kita.
Sebaliknya kita kena bersama dan bersatu hati agar pihak penceroboh ‘gerun’ dengan kesatuan yang kita miliki.
Malangnya yang terjadi adalah sebaliknya.
Pembangkang menganggap ia adalah sandiwara yang sengaja dicetus untuk memburuk-burukkan mereka seperti mana dakwaan Tian Chua.
Malah Tian Chua sehingga hari ini langsung tidak memohon maaf sebaliknya mendakwa ada pihak menyalahtafsir kenyataan yang pernah dibuatnya itu sedangkan yang melaporkannya bukan orang lain – laman Keadilan sendiri!
Lihat saja penderitaan salah seorang mangsa, Inspektor Mohamed Hasnal Jamil.
Mohamed Hasnal ditembak tiga das, putus tapak tangan kanan, tersembur tulang tangan kanan serta jari telunjuk kiri dan retak tengkorak kepala ditetak menggunakan kapak oleh pengganas Kiram dalam tragedi berdarah di Kampung Simunul.
Beliau terpaksa menahan kesakitan selama 23 jam tetapi apa yang beliau dapat dari pembangkang – IA ADALAH SATU SANDIWARA!
Dan kena ingat, tuduhan SANDIWARA ini bukanlah kali pertama, sewaktu peristiwa Al-Maunah dulu juga kerajaan dituduh bersandiwara.
Sebelum mengundi esok, ingatlah.
Kenang jasa wira-wira kita dan kenang ‘kata-kata’ yang dihamburkan pembangkang kepada mereka.
Kemudian buatlah pilihan siapa yang kita mahu. Tiada paksaan. Tiada ugutan.
SELAMAT MENGUNDI.
Post a Comment