Label 10

Home » » #PRU13 : "Generasi Pelapis Perlu Faham & Hayati Makna 1Malaysia" - Loh Seng Kok BN Kelana Jaya

#PRU13 : "Generasi Pelapis Perlu Faham & Hayati Makna 1Malaysia" - Loh Seng Kok BN Kelana Jaya

Written By AAKJ on Wednesday, May 1, 2013 | 8:30 PM


Berbaki hanya 4 hari lagi masa berkempen.."..dah di gear 5.." kata Loh Seng Kok, Calon BN kerusi Parlimen Kelana Jaya.

"Beliau yang terkenal dengan pemurah untuk beri senyuman, sentiasa ceria dan tak berubah sejak dari penggal beliau menjadi Ahli Parlimen pada 2004 dahulu lagi.." ujar rata-rata pengundi Kelana Jaya yang terkenang bagaimana Loh Seng Kok sentiasa turun padang satu ketika dulu.

Semalam Loh Seng Kok turun walkabout seawal pagi dan jadualnya bertemu pengundi hingga ke lewat malam. Walaupun agak sedikit penat namun beliau tetap melayan semua yang hadir untuk bertemu beliau.

Ada pengundi yang bawa anak-anak mereka untuk bertemu saya sekadar untuk saya bagi motivasi kepada mereka. 

"..mereka adalah generasi yang bakal menyambung nilai murni 1Malaysia.." tegas Loh Seng Kok. Menurut beliau, kiranya kita gagal terapkan nilai kesepakatan antara kaum maka harapan Malaysia untuk maju dan aman akan tergendala.

Tambah beliau lagi, berkempen politik tidak bermaksud kita tinggalkan untuk tanamkan nilai harmoni pada golongan pelapis. 

"..ambillah kesempatan ini untuk jelaskan pada rakyat peri pentingnya keamanan Malaysia kita kekalkan, saya tidak suka berkempen cara maki hamun..kesannya buruk kalau anak-anak kecil ada mendengarnya.." tegas beliau lagi.

Loh Seng Kok juga menambah bahawa kita jangan asyik berpolitik dan abaikan hak anak kita terutama pelajaran.

"Saya berjanji kiranya saya menang, kira BN menang d Kelana Jaya, saya akan pastikan pelajar-pelajar yang datang dari keluarga kurang mampu akan BN bela.." mengakhiri pertemuan aakj bersama beliau semalam..




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger