Label 10

Home » , , » PM Minta Bukti : Fitnah Melampau Pembangkang

PM Minta Bukti : Fitnah Melampau Pembangkang

Written By AAKJ on Sunday, May 26, 2013 | 12:00 PM



Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencuri kemenangan mereka adalah satu kepalsuan kerana BN tidak pernah melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tunjuk warganegara Bangladesh yang dikatakan mengundi, tunjukkan di pusat mengundi mana terdapat warga Bangladesh. Mereka tidak ada bukti.

"Mereka mendakwa bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka gelap sedikit,'' katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia Putrajaya di sini malam tadi.

Share this article :

+ comments + 5 comments

berasiam
May 26, 2013 at 12:25 PM

Sudah mula bosan dengan Najib yang masih nak terus berpolitik melayan kerenah pembangkang. Kuasa sudah di dalam genggaman, apa lagi yang mahu dilontarkan cabaran kepada pembangkang. Yang kita mahu sekarang ialah tindakan. Petronas juga khabarnya telah dilanda tsunami Cina melalui Dialog yang beroleh status tier-1, sedangkan Sapura Kencana pun masih berstatus tier-2. Itu yang di depan mata Najib sendiri. Apatah lagi GLC lain yang terletak di bawah Khazanah yang jauh dari jangkauan Najib. Sekarang masa untuk bertindak, bukan lagi berteriak. Transfosmasi apa yang manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat terbanyak. Transformasi apa yang mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi Melayu Bumiputera. Masih mahu dengar kata-kata penasihat yang hampir membawa rebah pada PRU-13, silakanlah. Perhimpunan Agung UMNO tidak menerima nasihat sesiapa.

Anonymous
May 26, 2013 at 12:41 PM

Setuju bro. I second your statement.

Anonymous
May 26, 2013 at 1:07 PM

sejarah tak mustahil berulang, klau terus lembik nasib najib bakal jadi mcam pklah, ditolak ahli sendiri, ,,,, bangun la najib tolongggg la

Anonymous
May 26, 2013 at 8:28 PM

Btul...tolonglah najib jgn layan pembangkang ni..tipu..blackout..bangla..jgn layan..baik majukan negara...

AmriGER
February 9, 2014 at 8:46 PM

Saya nk buat prumpamaan disini bhawa pihak pmbangkang bleh dianggap sperti kalah dlm prlawanan BOLA SEPAK, pengadil pula disalahkan.sedangkn mereka yg tidak bijak dlm permainan trsbut.walau apa pun yg brlaku, sya tetap sokong BN,UMNO n dato sri NAJIB..thanks PM:D..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger