Label 10

Home » , , » Festival Belia : Artis Jual Diri?

Festival Belia : Artis Jual Diri?

Written By AAKJ on Sunday, May 26, 2013 | 11:00 AM


AINUL



Golongan artis dan selebriti kini tidak hanya aktif dalam bidang seni, sebaliknya mereka juga mampu memberi daya saing dalam bidang perniagaan yang semakin rancak dijalankan oleh mereka.

Sempena Festival Belia 2013 yang diadakan di Putrajaya bermula Khamis lalu, sebanyak 20 selebriti telah terlibat dengan membuka gerai jualan produk masing-masing selain peluang ini juga digunakan untuk mendekatkan diri dengan para peminat mereka.

Antara artis yang berniaga ialah Aishah Sinclair dengan jenama pakaiannya Bhumi Batik, Anzalna Nasir (Hermanas 5), Ainul Aishah (Ainul Cookies), Raja Farah (Raja Farah Collection, pakaian muslimah), Noh Salleh (Vox Tribe), Kilafairy (Rack) dan ramai lagi.

Gerai jualan itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin semalam dan Khairy turut meluangkan masa melawat setiap gerai yang terdapat di festival itu.

Selain jualan gerai, terdapat pelbagai aktiviti menarik lagi yang disediakan iaitu sebanyak 500 acara yang dikhususkan buat golongan belia berekspemantasi dengan pengalaman dan kemahiran mereka.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk turut serta dalam festival terbesar ini dan esok merupakan hari terakhir buat karnival yang berlangsung selama lima hari itu.


AISHAH
ANZALAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger