Label 10

Home » » Perogol Berbogel Gagal Merogol Pelajar 7 Tahun ! Foto

Perogol Berbogel Gagal Merogol Pelajar 7 Tahun ! Foto

Written By AAKJ on Monday, May 27, 2013 | 5:00 PM


lelaki bogel
Seorang guru hampir pengsan apabila mendapati seorang lelaki bogel sambil menutup muka berada di dalam bilik tidur anak perempuannya berusia 7 tahun ketika mahu mengejutkannya ke sekolah.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di Jalan Teluk Pelong, dekat sini, menyebabkan guru wanita berusia 39 tahun itu menjerit ketakutan lalu segera memaklumkannya kepada suaminya.
Namun suspek berjaya melarikan diri dipercayai melalui tingkap bilik tidur anak perempuan mangsa.
Guru terbabit dan suaminya turut membuat pemeriksaan di dalam bilik tidur berkenaan, tetapi tiada barang yang hilang.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung kira-kira jam 9.25 pagi. -
Bagaimanapun kisah lelaki bogel tersebut tidak berakhir di situ sahaja apabila suspek juga dipercayai turut menceroboh sebuah lagi rumah guru wanita di Telaga Mengkudu, kira-kira jam 7.10 pagi dan melarikan gelang tangan mangsa.
Malah mangsa kedua berusia 38 tahun itu berdepan detik mencemaskan apabila suspek memberitahu dia mempunyai senjata tajam sebelum memaksa mangsa menyerahkan gelang emas bernilai RM5,000.
Guru wanita itu juga mendakwa suspek yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik air rumahnya itu juga cuba bertindak kasar, namun gagal apabila dia menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek segera melarikan diri.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung kira-kira jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lalu dan menurutnya siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah . – SH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger