Label 10

Home » , , » Parlimen Bakal Bersidang 24 Jun 2013

Parlimen Bakal Bersidang 24 Jun 2013

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 9:39 AM

Parlimen



Pakatan haram bakal meroyan tahap babi.  Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan telah menerima proklamasi Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat Yang Ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah.
Pandikar Amin berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan tarikh 24 Jun ini sebagai Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Malaysia Yang Ke-13 di bangunan Parlimen di sini.
“Dengan pengisytiharan ini, selaras dengan Peraturan 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah memutuskan Takwim Parlimen bagi mesyuarat ini ialah Dewaan Rakyat selama 16 hari (mulai 24 Jun hingga 18 Julai 2013) dan Dewan Negara selama sembilan hari (mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos 2013),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Pandikar Amin, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan Notis Panggilan Mesyuarat kepada semua Ahli Parlimen.
Jelas beliau, berdasarkan Peraturan 1 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat selepas pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama pada hari pertama Majlis Mesyuarat.
Katanya, ia termasuk memilih tuan Yang di-Pertua, tuan Yang di-Pertua mengangkat sumpah, ahli mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua.
Justeru, kata beliau, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal pertama Parlimen Ke-13 akan disempurnakan oleh Tuanku Abdul Halim di bangunan Parlimen Malaysia di sini pada 25 Jun 2013 bermula pukul 10 pagi.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger