Label 10

Home » , , » Harakah Disaman Fitnah : Bayar Ganti Rugi RM50,000

Harakah Disaman Fitnah : Bayar Ganti Rugi RM50,000

Written By AAKJ on Thursday, May 23, 2013 | 10:00 PM



Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan yang memerintahkan Ketua Pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang peguam berhubung satu kes saman fitnah, lima tahun lalu.

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini yang memihak kepada Tun Mohammad Ammar Aziz.

Beliau memutuskan demikian setelah berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf.

Keputusan itu juga dibuat setelah beliau mengambil kira kegagalan akhbar berkenaan untuk mengesahkan fakta sebelum menerbitkan artikel berkenaan. Swee Sing turut memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah.

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Beliau mengemukakan saman itu kerana mendakwa artikel yang diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul 'Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik?' berunsur fitnah terhadapnya
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger