Jangan buat spekulasi melulu !! Bukan PM dan BN tolak MCA tetapi MCA yang 'menolak' awal 'apa-apa juga jawatan d peringkat negeri dan pusat' !
Keputusan menolak apajuga jawatan yang d tawarkan oleh BN d buat sebelum PRU13 dalam konvensyen terakhir MCA sebelum PRU13 adalah berupa cabaran kepada ahli MCA agar bekerja keras menarik balik kaum cina bersama BN. Cabaran ini bukan setakat cabaran malah ianya d jadikan satu Resolusi parti dan ianya d anggap sebagai suara akar umbi.
Kini MCA wajib jelaskan pada rakyat Malaysia bahawa PM dan BN ada menyediakan kerusi untuk jawatan samada Menteri atau Timbalan Menteri malah bukan setakat kerusi d Pusat, d negeri juga ada d sediakan seperti yang d jelaskan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz, beliau sudah menghantar surat kepada Chua Soi Lek, Presiden MCA untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung ada kerusi Exco Negeri Kedah yang d peruntukan pada MCA.
Di Johor senarionya nampak seolah-olah Datuk Tee Siew Keong, Dun Pulai Sebatang yang menerima perlantikan sebagai Exco Johor yang baru dan mengenepikan 'resolusi' yang telah d tetapkan sebelum ini.
MCA jangan berdiam diri !!
MCA jangan nampakkan anda begitu mahal !!
MCA jangan tunduk dengan kekalahan !!
Bangkit !! Anda Juara Cina Malaysia sejak dari dulu !!
Post a Comment