Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara.
Perdana Menteri berkata kedua-dua jabatan itu perlu mendapatkan kerjasama Kedutaan China di negara ini bagi mengesan para pelancong berkenaan.
Adalah penting bagi imigresen dan polis mendapatkan kerjasama Kedutaan China memandangkan jumlah yang sebegitu ramai tidak pulang, katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual diadakan bulan depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibunegara hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar mengenai rancangan imigresen untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan dengan menggunakan dokumen palsu.
Pihak berkuasa Malaysia turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan pelancong terbabit menjadikan negara ini sebagai transit sebelum menyeludup ke negara ketiga.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang mengetatkan peraturan sedia, Abdullah berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian memandangkan perkara pelancong "tinggal lama atau hilang" bukan merupakan perkara baru.
" Bukan perkara baru... kita tak boleh elak daripada perkara ini," katanya.
Mesra pelancong
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, imigresen harus mengambil pendekatan yang bijaksana dan mesra kerana dalam masa yang sama Malaysia mahu memastikan pelancong tidak menghindari negara ini.
"Ini seperti bertanyakan soalan-soalan yang berpatutan untuk mengetahui perkara itu dan ini...kalau bertanyapun bukan perkara yang boleh menyakitkan hati," katanya.
Beliau berharap melalui pendekatan ini pelancong akan terus berkunjung ke Malaysia serta mematuhi peraturan sedia ada seperti memperbaharui pas lawatan sebelum tamat tempoh dan memastikan mempunyai dokumen yang sah
Abdullah berkata sekiranya mereka yang dilaporkan menghilangkan diri itu berjaya dikesan dan ditangkap, mereka perlu didakwa di mahkamah supaya dikenakan tindakan yang sewajarnya.
"Kita tak boleh biar atau pejam mata sebelah...tak boleh," katanya.
Statistik 50,000 pelancong China yang menghilangkan diri itu diperolehi berdasarkan jumlah kad pelawat yang diserahkan kepada imigresen ketika pelancong pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan.
Awal tahun lalu, Jabatan Imigresen dilaporkan tidak dapat memastikan ke mana menghilangnya lebih 250,000 pelancong dari India dan China apabila rekod menunjukkan mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.
Pada tahun 2003, 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warganegara itu yang pulang ke negara asal.
Aakj : ni cerita pada 21 Nov 2005, masa tu Pak Lah jadi PM..dah arah cari..sepi ?
SUMBER
+ comments + 14 comments
Sudah tiba masanya diperketatkan VISA pelancungan dari sana ke negeri ini. Kita tidak perlu pelancung begini..menyemak dan banyakkan maksiat sahaja.
cari sampai dapat...mesti sebahagian sudah mengundi parti DAP di gelang patah...dan Penang.
Indon pun berjuta juta apa mcm
Inilah pengundi2 hantu yg telah mengundi Pakatan Rakyat pd PRU13.
Apa susah KP boleh diperolehi dgn RM50 shj.
PELANCUNG DATANG DAN DAPAT VISA MENCARI KERJA DAN BERNIAGA BARANG SULIT, CARI NSAJA ATAS APPARTMENT YANG TINGGI-TINGGI, GUA CAYA MEREKA TAK MASUK LOMBONG BIJIH TIMAH DAH SEKARANG NI.
Anon May 10, 2013 at 11:02 PM,
kamu tau ke mana Indon yang berjuta-juta tu? tangkap la jangan nak main sedap mulut saja cakap. Yang betul masuk cara haram dah kena cekup tiap-tiap bulan sampai sesak pusat tahanan sementara mata kau buta ke?
cari pun tak jumpa - depa pi menyorok pakai surat beranak/ nric orang mati..
hangpa pi check tengok.. berapa banyak kes mati depa tak report
ini ceghita 'kitak semula nric pulak'
Pengundi hantu yg disorokkan oleh DAP?
Ha ha........kenapa rakyat majoriti tanak timbulkan isu ini supaya pembangkang gelabah. Diaorg pandai mainkn isu Bangla, sebenarnya saya langsung tak percaya kemenangan besar PR kali ni? Biasanya kalau org yg biasa buat jahat, dia akan ingat org lain pn sama buat jahat mcm dia, Suami yg ada affaor dgn pompuan lain biasanya akan cemburu giler dgn isteri dia, padahal dia yg buat perkara jahat dia perasan isteri dia ada buat benda yg sama mcm dia, get it?
Jadi, kenapa rakyat majoriti tanak sebulat suara buat protes mcm pembangkang?
Kasi angkut...yg ada pun sesetengahnya tak bersyukur dan riak...aku pelik apsal diaorg nie asyik terlepas...paling pedih ada yg pendtg nie ckp system kat malaysia nie penuh rasuah...kasi tangkap dan buang org yg mkn rasuah..aku bukan ckp ikut sedap menaip jer..aku ckp sebab aku keja kat construction..so tahu la apa jadikan...cegah sebelum parah...
ini maknanya orang kerajaan tak buat kerja tangkapan...atau mungkin ada unsur unsur yang melibatkan IC dan rasuah. skrg kita jgn diam, BN kena tangkap semua pendatang haram. kalau tak, bagi LIM KIT SIANG jadi Menteri Dalam Negeri. K ? dah lama dah isu ni tapi ....faham 2 !menteri Melayu la katakan...negro pun dah ramai main bijik anak Melayu....
Isu pendatsng haram ni dah lama skrg baru nak bangkitkan... anon 11.31 km butaka kat jln chow kit berlambak indon pendatang haram
Pelancung aka pelacur kot.....yg byk2 kat rumah urut n pusat maksiat....
Tau tau diorang dah ada ic
pergi tangkap SEGERA pendatang haram Cina yg bersepah Di seluroh KL tu kebanyakan part time jual lendir..kebanyakan berkampong Di Endah Prade,Bkt Bintang,Jln Pasar , Jln Sam Peng..
wajah mereka amat mudah dikenali..
Spy Melayu...
Post a Comment