Label 10

Home » » Eksklusif !! Kembalikan Peranan Wanita

Eksklusif !! Kembalikan Peranan Wanita

Written By AAKJ on Thursday, May 9, 2013 | 1:00 PM



Selesai sudah episod pilihanraya umum ke 13, cuma kini hanya menanti jika jika ada bantahan dalam tempoh 21 hari, sekiranya tiada maka akan kekalah Barisan Nasional menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun dari sekarang.
Walaupun Barisan Nasional berhadapan tsunami politik yang tidak dijangka, Barisan Nasional akan tetap mengharunginya terutama untuk melunaskan janji janji yang telah di ungkapkan sebelum PRU ke 13.

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Isnin lalu telah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dihadapan Yang Di Pertuan Agong, sebagai Perdana Menteri yang diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negara.

Hari ini YAB Perdana Menteri telahpun memulakan tugasnya, begitu juga dengan negeri negeri yang di menangi barisan Nasional yang mana Menteri Besar atau Ketua Menteri yang telah di lantik memulakan tugasan mereka, tetapi tidak bagi pakatan rakyat yang masih lagi bergelumang isu dengan siapa yang layak dan siapa tidak atau pun masih lagi berharap dan cubaan harap agar keputusan PRU 13 ini di batalkan, tetapi hanya tertakluk kepada negeri yang di menangi Barisan Nasional sahaja, bak kata, bantahan terpilih memilih.

Tumpuan rakyat sekarang ini tertumpu kepada Perdana Menteri dan menuggu siapakah calon yang di pilih oleh Datuk Seri Najib untuk menduduki kerusi kerusi panas sebagai Menteri Kabinet yang akan membantu beliau melaksanakan amanah rakyat yang kini cabarannya semakin hebat.

Akan berlaku lagikah salah letak atau tersalah pilih saperti mana yang berlaku sebelum ini, walaupun ianya bukan pilihan Datuk Seri Najib yang mengambil alih pucuk pimpinan dari Tun Abdullah Badawi. 

Rakyat faham kedudukkan rapuh Najib ketika itu bila mana dikelilingi oleh mereka yang mungkin bukan dari pilihan Najib, mungkin sifat sabar dan bertolak ansur ketika itu maka kekallah mereka mereka di pejabat Perdana Menteri buat seketika sementara Najib mengumpul kekuatan untuk membina jenteranya sendiri.

Satu ketika rakyat dilihat gelisah dengan menteri menteri yang ada kerana dilihat ada yang terlalu takut untuk bertindak, kerana ingin ‘bermain cara selamat’ bagi mengharungi PRU ke 13.

Ada ketikanya dilihat Najib saperti kekurangan anggota untuk menggerak dan memancu jenteranya, bila mana Datuk Seri Sharizat Jalil melepaskan jawatannya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia nya terpaksa di pangku oleh Datuk Seri Najib sendiri, saperti ketika itu kekurangan anggota wanita, mungkin ada tetapi tahapnya tidak sama dengan pencapaian yang di buat oleh Datuk Seri Sharizat.

Benarkah Barisan Nasional kekurangan pemimpin wanita berkelibar yang mampu menggalas tugasan?, Mungkin, sebelum bubarnya Parlimen bagi diadakan pilihanraya umum ke 13, hanya ada dua orang sahaja wanita yang menduduki kerusi Menteri penuh dan 8 orang menduduki kerusi timbalan Menteri dan tiga daripadanya adalah lantikan Senator. 

Saperti telah ditetapkan, selepas keputusan pilihanraya umum ke 13 Barisan Nasional hanya 10 orang sahaja calon wanita bagi kerusi parlimen yang menang. Mereka terdiri dari muka lama yang berpengalaman dan juga muka baru tetapi telah cukup terlatih bagi membolehkan mereka ini menduduki kerusi jentera pentadbiran baru bagi membantu Najib.

Diantaranya mereka ialah YB Datuk Noriah Kasnon yang dulunya memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Tim.Menteri Kesihatan. Bekas bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang masih mengekalkan kemenangan kerusi mereka saperti YB Datuk Seri Azalina (Bekas Menteri Belia dan Sukan (2004 – 2008), Menteri Pelancongan (2008 – 2009) dan YB Datuk Noraini Ahmad (Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia).

Selain mereka mereka yang telah mengekalkan kemenangan kerusi parlimen tanpa memegang apa apa jawatan didalam kerajaan persekutuan saperti YB Datuk Halimah Sadique. Selain turut menempa kejayaan, ialah muka baru tetapi berpengalaman didalam pengurusan dan aktif di peringkat bahagian dan pusat yang kini memegang jawatan Exco Putri UMNO, YB Mas Ermieyati Samsudin, Parlimen Masjid Tanah Melaka.

Begitu juga dengan YB dari Sabah dan Sarawak saperti Datuk Azizah Mohd Dun dari Beaufort, YB Rubiah Wang – Kota Samarahan dan YB Datuk Norah Abd Rahman, Tanjong Manis. Melihat dari senarai pengalaman mereka rasanya cukup bagi Najib untuk melantik mereka ini kedalam susunan kabinetnya bagi 5 tahun akan datang, tanpa perlu melibatkan semula lantikkan YB Senator, kecuali jika faktor umur di ambil kira maka pilihan adalah terhad.

Diantara mereka terdapat tiga nama besar yang tidak boleh tidak di ketepikan bagi mengalas tanggungjawab sebagai jentera pengerak untuk Najib, selain muka baru dan muda Mas Ermieyati (Masjid Tanah), Halimah Sadique ,Azalina Othman dan Noraini Ahmad adalah rangkaian wanita yang boleh di harapkan untuk memegang jawatan. 

Diantara mereka ini YB Datuk Seri Azalina Othman adalah yang paling menonjol dan kerap mendapat liputan kerana aktiviti turun padang serta sentiasa bersama masyarakat terutamanya dari keluarga Felda walaupun tidak memegang apa apa jawatan dalam kabinet selepas Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam, daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengundur diri pada tahun 2009. 

Anak anak Felda mengenali beliau sebagai pemankin kebangkitan anak anak Felda dalam pelbagai bidang baik Akademi, Seni, Pekerjaan dan sebagainya serta berjaya menarik anak anak muda dibandar dan luar bandar untuk melibatkan diri didalam aktiviti bermasyarakat terutamanya didalam bidang seni dengan memperkenalkan siri ‘Sentuhan Icon’ yang mana mengalakkan anak anak muda bergiat didalam seni dari membuang masa melepak dan merempit. 

Beliau juga telah mengalakkan anak anak Peneroka untuk melibatkan diri didalam dunia pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan tidak lagi hanya menjadi seorang penoreh getah. Sementara di kawasan parlimennya pula ia ini P157 Pengerang, beliau berjaya menyelesaikan beberapa isu yang melibatkan pemindahan tanah milik orang kampong yang mana beliau berjaya menangkis dakyah pembangkang yang cuba menghasut penduduk agar menolak kemajuan dan pembangunan di Pengerang. 

Selain aktiviti aktiviti yang membawa orang ramai ke Pengerang untuk tujuan percutian, Pelaburan juga dijangka akan bertambah dan meningkat bila mana Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) siap sepenuhnya dan dijangka akan menerima pelaburan keseluruhan RM120 bilion dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Jika 9 tahun yang lalu YB Datuk Seri Azalina Othman dikenali sebagai pengasas Puteri UMNO, kini beliau telah menzahirkan dirinya sebagai seorang wanita yang kian berani untuk menghadapi cabaran dan menerima amanah yang lebih besar untuk di galasnya, dan yang paling penting beliau masih setia bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul betul berhak dan yang betul betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar. Semoga YAB Datuk Seri Najib boleh memberi pertimbangan dan tidak lagi ketandusan kaum wanita didalam susunan kabinetnya nanti.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger