Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga 'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.
Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan. Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.
Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa. Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit.
Hakikanya, bukan Shukor sahaja, ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastkan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang. Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat.
Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan terjadinya insiden b;ack out di kawasan itu. Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu.
Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku. Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang.
Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu 'paranoid'.
Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding. Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal agi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan elektrik.
Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini. Namapaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima miniti selepas 'kejadian'.
Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien. Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap. Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menunding jari saja pon tak ada gunanya.
Syabas pembangkang dengan 'game black out' anda!
foto hiase
Post a Comment