Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 merupakan satu rahmat yang sangat hebat. Ini adalah kerana Kerajaan Barisan Nasional menjamin keamanan, kestabilan, perpaduan dan kemajuan negara melalui transformasi yang dibawa oleh DS Najib.
Para pelabur telah menerima kemenangan Barisan Nasional dengan cara yang cukup positif apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatatkan rekod ketinggian pada 1,776.73, setelah meningkat 24.71 mata atau 1.41 peratus daripada 1,752.02 pada penutupan dagangan semalam.
Pasaran telah disokong oleh belian cergas keseluruhannya dan sentimen pasaran serantau yang baik. Indeks utama itu berlegar di antara 1,756.95 dan 1,776.73 sepanjang hari dagangan ini dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 717 berbanding 153, manakala 224 tidak berubah, 513 tidak diniagakan dan 27 digantung urus niaga.
Pasaran telah disokong oleh belian cergas keseluruhannya dan sentimen pasaran serantau yang baik. Indeks utama itu berlegar di antara 1,756.95 dan 1,776.73 sepanjang hari dagangan ini dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 717 berbanding 153, manakala 224 tidak berubah, 513 tidak diniagakan dan 27 digantung urus niaga.
Tambahan pula jumlah dagangan telah melonjak kepada 2.3 juta saham bernilai RM4.06 juta daripada 1.911 bilion saham bernilai RM4.99 bilion semalam.
Saham berwajaran tinggi adalah tiga saham terunggul dalam senarai saham cergas dengan CIMB, UEM Land dan Maybank menambah 30 sen, masing-masing kepada RM8.65, RM3.28 dan RM10.28.
Bursa Asia Tenggara turut meningkat bagi hari kedua berturut-turut apabila berita baik dari Eropah dan Australia memperkukuh sentimen pasaran.
Di papan skor, Indeks Kewangan melonjak 376.25 mata kepada 16,858.86, Indeks Perladangan melompat 69.35 mata kepada 8,199.21 dan Indeks Perusahaan naik 19.22 mata kepada 2,917.66
Sesungguh para pelabur tidak akan berminat melabur di negara yang diperintah oleh diktator dan komunis.
Mereka mahukan negara yang aman, stabil dan mampu maju bagi memastikan pelaburan mereka selamat dan menguntungkan.
Barisan Nasional mampu menarik pelabur yang ramai untuk menjana ekonomi negara. Syabas para pejuang Barisan Nasional. Anda memang hebat.
+ comments + 3 comments
Dalam GLC pun penuh dengan pembangkang ... Hari hari dengar mengutuk kerajaan .. keliling saya .... Now is the TIME to tackle this sebab ini membuatkan pemikiran mereka sempit dan produktiviti secara menyeluruh menurun ..... Please look into this issue too ...
SIKAP SESEORANG ADALAH HASIL DARIPADA INFORMASI YANG DITANAMKAN DALAM FIKIRANNYA MELALUI PEMBACAAN, PERGAULAN DAN PERSEKITARAN. ORANG INI MUNGKIN MEMPUNYAI PENAPISNYA SENDIRI. DIA HANYA MEMBENARKAN INFORMASI YANG MENYEBELAHI FIKIRANNYA SAJA TANPA DIPERTIMBANGKAN DENGAN AKAL YANG WARAS. ORANG INI WALAUPUN MEMPUNYAI IJAZAH TETAPI GAGAL MENCANAIKAN FIKIRANNYA DENGAN BAIK. IA UMPAMA SEBUTIR BATU BERLIAN YANG SUDAH SILAP DI POTONG. IA BERHARGA MURAH KERANA KECACATAN YANG ADA PADANYA.
sape2 nampak robert kuok n lain2 taikon cona mengundi tak?
Post a Comment