Label 10

Home » , , , , , » #PRU13 : Zul Nordin Masih Ahli Pas !!

#PRU13 : Zul Nordin Masih Ahli Pas !!

Written By AAKJ on Friday, April 5, 2013 | 12:15 PM


Perjuanganya hanya satu..Islam !! 
Matlamatnya hanya satu..Islam terbela d bumi bertuah ini !!

Itulah Yb Zulkifli Nordin yang telah beralih arah, yang sudah kecewa dengan perjuangan parti yang selama ini beliau ingat mampu membela nasib Islam d Malaysia. Maklumlah masa tu beliau masih mentah dengan politik..masih 'suci' fikirannya d awal penglibatannya dalam politik Malaysia.

Apa yang beliau fikir, hanya Pas saja yang perjuangkan Islam. Beliau dah d sempitkan fikirannya oleh Ulama Politik yang berlabelkan Islam untuk cari makan. Yb Zul Nordin ditipu hidup-hidup.

Taksub beliau hinggakan sanggup menghina kepercayaan manusia lain. YB Zul lupa atau memang beliau naif, tidak tahu bahawa Nabi saw pernah bersabda jangan menghina kepercayaan yang lain, Nabi saw pesan, dekati mereka dan ajak mereka dengan hikmah supaya sujud pada Allah swt. Bukan d buat musuh atau menghina mereka.

Ajaran Pas lain, apa saja atau siapa saja yang tidak sokong perjuang Pas maka mereka adalah musuh Allah, nauzubillah. Ulama-ulama ciptaan Pas tumbuh macam kulat babi dalam hutan..maaf aakj bukan nak hina Ulama Muktabar tapi nak jelaskan bahawa Nabi saw sendiri pesan agar hati-hati dengan Ulama Su'u, ulama ciptaan yang guna Islam untuk buncitkan perut sendiri !! Jauh bezanya Ulama Muktabar dengan Ulama Ciptaan Parti ini.

Sebagai orang baru d arena politik, YB Zul terjebak dengan mudah, apa yang d doktrinkan oleh Ulama Ciptaan Pas dengan mudah meresap masuk dalam otak beliau. Akhirnya dengan lantang YB Zul Nordin menghina penganut Hindu d satu ceramah 10 tahun yang lalu. Tanpa belajar agama dengan tertib yang betul, YB Zul melangkah songsang dalam arena politik Malaysia.

Terlajak kata padah akibatnya, kini setelah YB Zul tersedar dari d tipu hangit oleh Ulama Ciptaan Parti, beliau insaf. Dengan rendah diri YB Zul mohon maaf. Nabi saw pun ada berpesan, kiranya kita buat silap maka kita minta maaf, itulah tahap tertinggi akhlak sebagai seorang mukmin.

Bukan senang nak minta maaf, kita terpaksa beralawan dengan nafsu ego yang wujud dalam diri. Nafsu yang iblis telah tanam agar jangan tunduk pada dosa yang kita telah lakukan. Iblis menggelupur setiap kali kita minta maaf atas kesilapan kita.."astagfirullah" akan hancurkan benteng antara kita sebagai hamba dengan Yang Maha Mulia, Pencipta kita. Hijab rahmat terbuka sebaik saja kita akur dan menyesal dengan setiap kesalahan dan dosa kita.

Ucapan hinaan YB Zul yang berusia 10 tahun dulu, ketika menjadi ahli Pas yang pekat hijaunya itu mula d mainkan semula dalam Youtube oleh pakatan haramjadah yang mula gelisah bila YB Zul Nordin tidak bersama mereka lagi.

Semua tahu YB Zul peguam Anwar ketika kes Liwat Anwar Vs Pemandunya sendiri, Azizan. Yb Zul undur dan letak jawatan kerana menurut beliau Anwar bukan lagi difitnah namun apa yang d ceritakan oleh mangsa liwat Anwar itu betul. Rasa berdosa menyelimuti diri dan Yb Zul ambil langkah drastik, tinggalkan bayaran upah lumayan sebagai seorang peguam bela Anwar..Beliau letak jawatan dalam kumpulan manusia yang tidak bermoral itu !!

Khabarnya CD dan VCD ucapan YB Zul 10 tahun yang lalu ketika dalam Pas itu telah d cetak dengan banyaknya untuk tujuan edaran sepanjang kempen PRU13 nanti. Khas untuk kuburkan YB Zul di mana saja beliau bertanding !

Sebagai mukmin yang hatinya sujud pada Allah swt..Yb Zul telahpun membuat kenyataan maaf secara terbuka untuk bukan saja penganut Hindu malah kepada Ahli UMNO BN yang menjadi sasaran beliau ceramah satu waktu dulu.

Pas tak mampu lahirkan pemimpin yang berjiwa besar !
Pas tak mampu lahirkan pemimpin contoh !
Pas tak mampu lahirkan pemimpin yang punyai akhlak mulia !
Pas tak mampu lahirkan pemimpin yang tinggi moralnya !

Apa yang Pas mampu ?
Adun yang d tangkap bersama isteri orang masih kekal jadi wakil rakyat !
Adun yang suka porno pun masih kekal !
Sokong apa juga yang d buat oleh parti yang terang-terang hina Islam !
Sokong siapa saja yang rendah moralnya jadi pemimpin !

Kepada penganut Hindu, aakj mohon agar maafkanlah YB Zul Nordin, beliau dah insaf dan dah minta maaf pun !!
Bukalah kitab Hindu, apa yang d tulis d dalamnya bab "kemaafan.." kiranya ada..

Kepada YB Zul Nordin, aakj sanjung tinggi budi pekerti anda..kalau masih jadi ahli Pas tu..elok keluar terus je..Pas lama dan Pas baru sama saja..Pas !!





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger