Label 10

Home » , , , » #PRU13 : Cita-Cita Raja Bahrin Jadi Calon Tercapai...Abby Abadi Senyum Gembira !!

#PRU13 : Cita-Cita Raja Bahrin Jadi Calon Tercapai...Abby Abadi Senyum Gembira !!

Written By AAKJ on Friday, April 5, 2013 | 11:30 AM


Pas memberi bayangan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bakal diletakkan bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman secara 'rasmi' itu tidak sengaja dibuat Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang) ketika berceramah di Cabang Tiga di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Raja Kamarul ketika ditemui pada majlis yang sama enggan mengulas berkenaan perkara tersebut dan memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran secara rasmi.

Pun begitu, beliau mengakui akan mempertimbangkan tawaran itu jika benar Pas menawarkan beliau bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dipegang Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut selepas memenangi pilihan raya kecil pada tahun 2009.

"Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terima apa-apa tawaran dan saya tidak mahu mendahului parti jadi, biar lah mereka umum dahulu," katanya.

Ditanya adakah beliau bertanding atas tiket Pas, beliau hanya memaklumkan bahawa tawaran sebelum ini dibuat secara tidak rasmi oleh parti itu.

"Ya, memang tawaran ada datang daripada Pas tetapi saya orang baru, Yang Berhormat terdahulu juga tidak tahu dapat bertanding atau tidak masakan saya yang baru akan dipilih.

"Saya lebih selesa bergerak di bawah Amanah dan saya tidak tahu lagi secara rasmi saya bertanding atau tidak dan buat masa sekarang Amanah adalah platform saya," jelasnya yang turut mengakui dia adalah ahli Pas.

Kisah Raja Bahrin dengan Abby..klik SINI




Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 5, 2013 at 11:35 PM

Mutakhir ini ramai artis2 berstatus 'mak jan..' yg kononnya dah bertobat & 'berhijrah' dgn menutup aurat.....sebaik masuk pas...aktif bagi komen/fatwa merapu kt fb...tweet sana sini mcm ustazah mee segera...tup2 kita tengok....siap boleh bagi ceramah berkongsi pentas pas bersama2 tan sri & dato2 (yg keciwa atas sbb peribadi....yg diri sdri yg tahu)...

Sambil artis2 berceramah ttg 'hijrah' mrk kununnya...sempat pulak bermain mata dgn 'ikan2 besar/jaws' dlm pas....dan tanpa disedari mading2 sudah naik angau satu badan...tup2 kita dengar dah jadi isteri ke 2@ke 3 dato2....

Trend ni aku rasa akan di copy paste oleh ramai artis2 wanita 'mak jan..' yg merasa diri dah suam2 kuku & tak laku....bolehlah pakat ramai2 mendaftar sbg ahli pas ye!! Bak kata pepatah untung sabut timbul ye tak...klu tak cuba kita Xkan tahu rezeki kita ye tak? Apalah cerita bekas penyanyi elmi salleh thn 70an-80an asal dr singapura... dan noryn aziz penyanyi jazz tu ye?...Donia...Donia!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger