Label 10

Home » » #PRU13 : Terkini !! Samseng Bakar Bilik Gerakan BN Di Tangkap !! Foto!

#PRU13 : Terkini !! Samseng Bakar Bilik Gerakan BN Di Tangkap !! Foto!

Written By AAKJ on Thursday, April 25, 2013 | 2:00 PM



Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi. Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api. 

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis. 

Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang. 

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut. 

Inilah bukti Pembangkang semakin terdesak. Calon DAP Parlimen Batu Gajah mestilah bertanggungjawab terhadap insiden ini. Sivakumar bekas Speaker Perak memang terkenal dengan perangai buruknya. 

Budaya samseng beginikah yang Rakyat mahukan? Pukul sana pukul sini, bakar sana bakar sini, bom sana bom sini? Dulu Malaysia aman damai tetapi sejak wujudnya Pakatan Rakyat, Negara ini semakin huru hara. 


Selanjutnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger