"Bukan suatu yang pelik anak dan bapa atau adik dan abang berada di parti politik yang berlainan.."
Itulah jawaban yang d berikan oleh Sdr Affandi Hamzah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya ketika d hubungi oleh aakj bagi mendapatkan penjelasan pendirian beliau tentang isu Mat Taib masuk Pas hari ni.
Malah menurut beliau, Tan Sri buat keputusan untuk tidak bersama UMNO tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak..Beliau, Tan Sri buat keputusan atas kehendak sendiri dan sebagai menantu beliau berpandangan itu hak peribadi Tan Sri.
Ramai lagi d luar sana yang berlainan parti yang datang dari pertalian keluarga yang amat rapat termasuk yang bekerja dengan Perdana Menteri. Malah ada adik beradik berlainan parti yang bertanding dalam PRU kali ini, tambah Sdr Affandi.
Saya perlu fokus untuk menangkan Parlimen Kelana Jaya dan Dun Seri Setia malah insya Allah Dun Subang Jaya kerana saya Pengerusi Pemuda BN Kelana Jaya.
Bohonglah kalau saya kata saya tidak terkejut dengan pengumuman Tan Sri tadi..sebagai anak menantu saya akur..ujar beliau..
"Saya tidak mahu terganggu dengan isu yang saya anggap bukan isu personal saya.." tegas Affandi.
Post a Comment