Tipah tertipu, Tipah tertipu..antara dialog yang popular dalam filem Ali Setan. Dan masih segar lagi hingga sekarang untuk dijadikan bahan gurauan terutama anak-anak muda.
Memandangkan dialog tersebut hanya dijadikan gurauan, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk diaplikasikan ke atas madrasahnya...Madrasah Darul Anuar di Kelantan.
Kenapa Nik Aziz berkenan sangat dengan dialog diatas? Sebab Nik Aziz dan rakan pakatan yang lain selama ini kerjanya hanya menipu rakyat. Mereka boleh berjanji melangit tapi untuk menunaikannya amat payah sekali.
Tahukah kita bahawa janji pembangkang untuk mengadakan pendidikan percuma, tipu semuanya.
Contohnya, para pelajar di Madrasah Darul Anuar yang dimiliki penuh oleh Nik Aziz dikenakan yuran bulanan sebanyak RM350. Satu jumlah yang agak tinggi. Apa istimewanya madrasah Nik Aziz?
Adakah sebab dimiliki oleh seorang yang bertaraf ulama lima bintang, maka yuran bulanannya ikut sedap mulut? Mana perginya janji-janji Nik Aziz nak beri pendidikan percuma jika madrasah yang satu itu pun beliau kenakan yuran.
Selanjutnya baca d SINI
+ comments + 2 comments
Pendidikan memang percuma tetapi tinggal di asrama + bayaran guru tidak percuma. Itu boleh pusingla... Itu manifesto BUKAN janjii...
UMGOK .. blaja agama xhabes, siasat tidak.. main hentam ...
Post a Comment