Label 10

Home » » #PRU13 : Peserta Ladang Rakyat Di Paksa Derma RM100 Untuk Tabung PRU !

#PRU13 : Peserta Ladang Rakyat Di Paksa Derma RM100 Untuk Tabung PRU !

Written By AAKJ on Wednesday, April 17, 2013 | 4:00 PM



Belum tamat isu Ladang Rakyat di Kelantan kini PAS sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati peserta ladang kelompok berkenaan apabila bukan sahaja memaksa tetapi juga mewajibkan mereka membayar RM100 kepada parti sebagai derma pilihan raya.
 
Mereka berpolitik kemudian peserta ladang rakyat terpaksa membiayainya semata-mata untuk membolehkan mereka berpoya-poya menggunakan wang tersebut.
 
Peserta-peserta Ladang Rakyat difahamkan mereka diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen. 
 
Sudah lah beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula ... Jangan cek tendang macam Azizan buat sudahlah.
 
Belum selesai lagi isu Ladang Rakyat mencabuli hak istimewa mereka, kini PAS buat hal lagi.
 
Sedangkan NGO Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) yang mewakili 18,000 masyarakat Orang Asli telah membuat satu deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan Kelantan gagal dan mencabuli hak keistimewaan mereka.
 
Deklarasi tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat yang diwakili oleh 18 ketua pos Orang Asli bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek, Pos Kuala Betis.
 
Pengerusinya, Azmi Badol, 38, memberitahu, projek Ladang Rakyat merupakan salah satu contoh kegagalan kerajaan negeri dalam menghormati hak Orang Asli selain melaksanakan projek pembangunan di kawasan yang mereka diami sejak sekian lama.
 
Pembangunan projek berkenaan yang kebanyakannya telah diserahkan kepada syarikat swasta dari luar Kelantan tidak memberi sebarang faedah kepada Orang Asli, malah lebih memeritkan mereka kini kehilangan kawasan hutan yang sebelum ini menjadi lubuk rezeki mereka.
 
Ladang Rakyat yang berkeluasan 32,817 hektar itu meliputi kawasan Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.
 
Sudahlah peserta ladang ini kebanyakannya rakyat miskin dan susah, kini diminta lagi derma RM100 seorang, sungguh kejam.
 
Mana pergi tabung-tabung derma PAS ketika ceramah? Dah habis kena songlap atau buat bayar hotel mewah pemimpin PAS?
 
PAS ada tubuhkan banyak tabug, namun tiada satu pun diketahui jumlahnya secara tepat dan ke mana dana tabung itu disalurkan, kini paksa lagi peserta ladang rakyat menderma untuk mereka.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger