Tindakan keterlaluan pasangan ini bukan sahaja mencemar nama Barisan Nasional, bahkan emosi dan peradaban bangsa Malaysia.
(Baca: Pelakon LUcah Berkemban Dengan Bendera BN)
Alvin mendakwa, pasangannya itu tidak berkeadaan bogel, tetapi memakai tiub dan seluar pendek ketika mengambil gambar tersebut.
Terdahulu, pasangan ini memuat naik gambar Vivian yang seolah-olah dalam kedaaan tidak berpakaian ke akaun FB mereka. Berikutan itu, satu laporan polis bakal dibuat oleh KP UMNO kerana menganggap ianya satu perbuatan menghina parti itu.
Berikut adalah teks penuh permohonan maaf pasangan berkenaan:
Kami dengan tulus ikhlas memohon ampun kerana memuatnaik gambar lucah yang boleh disifatkan menghina dan memperselekehkan bendera Barisan Nasional.
Kami tidak menyangka bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab kami akan menyebabkan reaksi yang begitu negatif di kalangan rakyat Malaysia.
Kami juga ingin menegaskan bahawa Vivian sebenarnya memakai baju tiub dan seluar pendek ketat di belakang bendera tersebut. Harap maaf.
Yang benar,
Alvin dan Vivian
+ comments + 1 comments
Dean John of FreeMalaysiakini can @@@@ off and stay put in Sydney.
Your @@@@ing zionist mentality not wanted here.
Post a Comment