#PRU13 : Nurul Izzah Hina 'Pengundi Hantu'.."Jangan Hina Setinggan"
KENYATAAN MEDIA
MANGSA-MANGSA TUDUHAN PENGUNDI HANTU OLEH NURUL IZZAH
21 APRIL 2013
Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah
sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami
untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai
pengundi hantu.
Sebagaimana
tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah
telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan
pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul
Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak
lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu
yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila
mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.
Untuk
pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak
sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak
kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada
antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!
Semasa
kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di
kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk
mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah
dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa.
Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih
lagi penduduk Lembah Pantai.
Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai.
Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna
alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah
pengundi hantu.
Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:
i.
Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata
dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )
ii.
Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah
Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )
iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )
iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )
v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )
vi.
Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci
telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI
). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.
vii.
Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter
mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah
dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.
Pengundi-pengundi
yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah
dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan
Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah
sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan
Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi
Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.
Sebelum
ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya
Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi
hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak
kami untuk mengundi.
Pilihan
kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan.
Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap
semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah.
Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!
Untuk
mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk
mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah.
Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan
manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh
Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi
yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.
Sehubungan
dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali
sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi
menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul
Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.
Awas
Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba
dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang
teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.
HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)
+ comments + 1 comments
Sebenarnya yang menjadi hantu adalah betina ni..sebab dia tinggal kat istana bapaknya disegambut..tapi guna alamat sape tah kat bangsar..
Post a Comment