Label 10

Home » » #PRU13 : Manifesto Pas Kelantan TIADA Hudud !!

#PRU13 : Manifesto Pas Kelantan TIADA Hudud !!

Written By AAKJ on Sunday, April 28, 2013 | 10:25 AM



Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Selanjutnya baca  SINI
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 28, 2013 at 11:14 AM

Hudud PAS ni hanya timbul musim pilihanraya. Mana ada istiqamahnya perjuangan kalau prinsip perjuangan yg puluhan tahun diperjuangkan, boleh dikorbankan dgn alasan "tahaluf siyasi". Dulu perjuangkan negara islam tapi skrg Hj Hadi kata dlm Quran tak ada sebut ttg negara Islam...bising2 fasal nak laksana hudud tapi dlm manifesto langsung tak ujud...tuduh org lain mcm2 ttg akhlak dsb tapi bila pemimpin sendiri dan sekutu buat perangai tak senonoh...diam seribu bahasa...tunjuklah keadilan dlm Islam, baru org hormat...ada bukti video dikata "hanya besi"..

Anonymous
April 28, 2013 at 12:04 PM

Kalau ade hudud pun mesti pemimpin diorg terlepas punye..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger