Label 10

Home » , , , » #PRU13 : Datuk Yahya Bujang & Datuk Rethwan, 2 Tokoh Jiwa Besar Kembali Kuatkan BN Kelana Jaya !!

#PRU13 : Datuk Yahya Bujang & Datuk Rethwan, 2 Tokoh Jiwa Besar Kembali Kuatkan BN Kelana Jaya !!

Written By AAKJ on Tuesday, April 23, 2013 | 11:00 AM


Tepat jam 1 pagi tadi..Allahhuakbar..!! Datuk Yahya Bujang, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya dan Datuk Rethwan muncul d Bilik Gerakan Utama Parlimen Kelana Jaya !!

Suasana gembira bercampur hiba kerana pelbagai cerita..pelbagai spekulasi..pelbagai khabar angin melanda BN Kelana Jaya..perghHHH cukup meriah PRU13 kali ni..

Saat perkhabaran tentang Mat Taib masuk Pas..saat semangat jentera perlu d pulihkan..saat BN Kelana Jaya perlukan kemenangan..saat inilah bantuan Allah tiba...munculnya kedua tokoh berjiwa besar ini sedikit sebanyak membantu meredakan segalanya.

Sebelum ini pelbagai cerita yang d sebarkan oleh parasit atau talibarut pakatan haram jadah bahawa kedua tokoh politik Kelana Jaya ini tinggalkan BN Kelana Jaya d saat kita nak bertempur !!

Allah Maha Kaya..Datuk Yahya dan Datuk Rethwan muncul untuk padamkan segala fitnah yang melanda..

"Saya tak sihat beberapa hari yang lalu..saya ada masalah jantung..saya tak nak jentera susah hati fikirkan saya dan tak nak mereka hilang fokus.." jelas Datuk Yahya 

"..mana mungkin saya tinggalkan sahabat-sahabat lain dalam peperangan yang cukup penting ini..tinggalkan medang perang sifat munafik "..tegas Datuk Yahya..

Kemunculan beliau d sambut oleh Datuk Fateh Iskandar, Naib Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya, Calon Parlimen P104, Loh Seng Kok, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Norli dan Kak Ros, Naib Wanita Bahagian juga ada bersama.

Tepukan gemuruh juga d berikan khas untuk Datuk Tengku Rethwan, mantan calon yang menarik diri d saat akhir..

Isu kenapa beliau menarik diri aakj sempat bertanya beliau...:

"..saya letakkan diri saya seperti Khalid Al Walid..ketika satu peperangan besar..ketika Khalid Al Walid sebagai panglima yang mengetuai tentera Islam itu..ketika pedang d hayun berkilauan antara Islam dan kuffar..saat itu watikah dari Khalifah Umar Farouk datang kepada Khalid Al Walid minta dia lepaskan jawatan panglima kepada Abu Ubaidah Ibn Jarrah..Khalid Al Walid akur tanpa soal.."

Boleh d lihat ada yang bergenang airmata kerana besarnya jiwa kedua tokoh UMNO d Kelana Jaya ini..Parti, wadah perjuangan d utamakan..jawatan boleh datang dan pergi..

"..saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Fateh dan ahli jawatankuasa bahagian Kelana Jaya kerana uruskan jentera sebaik mungkin ketika saya tiada beberapa hari.." - Datuk Yahya Bujang

"..saya kagum dengan jentera BN Kelana Jaya kerana tidak buat onar mengenai isu saya.." ujar Datuk Tengku Rethwan lagi..




Datuk Halim Samad turut bersama ketika itu gembira dan terharu..semua spekulasi telah selesai..

Aakj SALUTE U ALL !!



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger