Label 10

Home » , , , » #PRU13 : Calon N32 Dun Seri Setia, Kelana Jaya SAH Bertanding !!

#PRU13 : Calon N32 Dun Seri Setia, Kelana Jaya SAH Bertanding !!

Written By AAKJ on Saturday, April 20, 2013 | 12:32 PM


Alhamdulillah ! Penuh warna warni..penuh dramatik..penuh dengan semangat kerja berpasukan d tahap yang paling tinggi !!

Kita merancang..Allah juga merancang dan Allah swt juga yang menentukan..qada dan qadar Allah yang tentukan dan manusia wajib menerima apa juga ketentuan Ilahi...Blessing in disguise !

Itulah Kelana Jaya !!

Saat akhir, tak sampai 24 jam, calon N32 Dun Seri Setia, Kelana Jaya, Datuk Dr Tengku Rethwan menarik diri dan dan d gantikan dengan Datuk Halim Samad, Penyelaras Dun Seri Setia, Kelana Jaya yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kelana Jaya..tepat jam 11:20am tadi, Datuk Halim Samad SAH bertanding setelah d umumkan oleh SPR bersama lawan dari parti lawan PKR, Nik Nazmi yang merupakan penyandang Dun Seri Setia.

Hebatnya Kelana Jaya, semangat kerjasama berpasukan kekal dan seiring dengan momentum yang d bina selama ini.

Datuk Halim Samad bukan asing d Dun Seri Setia. Selama sepenggal beliau berkhidmat mewakil UMNO BN Kelana Jaya sebagai Penyelaras Dun. Selama sepenggallah beliau berkhidmat untuk warga Dun Seri Setia dan insya Allah untuk merampas kembali kerusi ini untuk BN tidak menghadapi masalah yang besar.

Beliau juga adalah mantan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kelana Jaya dan mempunyai rekod kepujian sepanjang beliau membawa amanah Pemuda UMNO Kelana Jaya...

Kepada Datuk Tengku..aakj dan seluruh barisan tenaga kerja UMNO BN Kelana Jaya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas semangat kerjasama setiakawan BN yang paling tinggi yang pernah aakj lihat.

Keseluruhan kepimpinan UMNO dan BN Kelana Jaya SALUTE Datuk Tengku !!




Share this article :

+ comments + 2 comments

bayan
April 20, 2013 at 12:51 PM

Tahniah Datuk Dr Tengku,parti diutamakan.Payah sungguh dapat insan punyai sifat sebegini.Masa masih ada utk Dr.

Anonymous
April 20, 2013 at 1:38 PM

Dear Aakj, saya turut tumpang berbesar hati atas selfless gesture oleh Dr Tengku. Sebenarnya ada yang sangat mulia budinya demi perjuangan ummah.. tidak meletakkan kepentingan peribadi di depan. Saya bukan umno, hanya penyokong bn. Kalau dapat dengar saja, oh! Saf mereka memang mantap dan kejap, baru ada hati nak join umno. Kalau tidak, hanya kelihatan org yg lebih pentingkan diri sendiri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger