Pelajar jurusan sains politik Universiti Malaya (UM), Mohamed Bukhairy Sofian, 23, menarik diri daripada menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.
Bukhairy yang mewakili Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) mengumumkan keputusan itu awal pagi Jumaat dengan memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat telah meluluskan manifesto Mahasiswa.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk melaksanakan manifesto itu sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
“Bukhairy ingin bertanding di Pekan kerana pada awalnya Pakatan tidak memberi maklum balas mengenai manifesto itu,” kata Safwan.
Kumpulan mahasiswa itu kini akan memberikan sokongan kepada Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang akan bertanding di Pekan.
+ comments + 5 comments
Umur baru 23 tahun, penuhkan dada dengan ilmu dulu...pelajaran entah ke mana sibuk nak lawan pemimpin negera sendiri. CGPA entah sampai 2 ke tidak? Po dah..Kalau setakat nak jadi BOY Anwar tak payahlah ke menara gading, mengabehkan boreh kerajaan je..
Ini adalah anak melayu yang tak kenal diuntung. Baru belajar kat U dah nak tunjuk lagak. Belajar tak sepandai mana...tapi nak jadi pemimpin. Cerminlah diri dulu kalau ya pun nak bertanding. Setakat politik kampus boleh la.
Sape2 yg kenal mamat muka jambu ni....tolong share info kat sini...nak tahu jugak biodata dia...brape cgpa dia dpt? Sebab 'hebat' sgt2 budak ni...umur baru 23thn berani nak cabar PM...bertuah sungguh mak bapak dia dpt anak se 'hebat' ini..
Sebelum pilihanraya ramai yang nak jadi YB(Yang Bertanding), Selepas pilihanraya, yang menang akan jadi YB(Yang Berhormat) tetapi berapa ramai kah yang benar-benar jadi YB(Yang Berkhidmat) kepada rakyat? Yang pasti "title YB" lebih merupakan paspot untuk mendapatkan APA? BILA dan BAGAIMANA?.
Tak payah lah lawan DS Najib. Buang duit je. Baik labur kat ASB hujung tahun ni pasti dapat bonus dan dividen 10%...eeeemmm.. tak palah. Bukan duit aku juga hehehe.
Post a Comment