Label 10

Home » , , , , , » #ManifestoBN : "Menteri Isu-Isu Bukan Agama Islam" Bakal Di Lantik

#ManifestoBN : "Menteri Isu-Isu Bukan Agama Islam" Bakal Di Lantik

Written By AAKJ on Sunday, April 7, 2013 | 4:00 PM


Intipati Akujanji Barisan Nasional


Bagi mempromosikan agama Islam, kebebasan dan keharmonian agama di negara ini, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menggalakkan prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah dalam semua pendekatan.
Selain mendukung Islam sebagai agama persekutuan, sementara kebebasan untuk golongan bukan Islam mengamalkan kepercayaan masing-masing tetap terjamin,terpelihara dan kekal dalam Perlembagaan.
Manifesto BN yang bertema ‘Rakyat Didahulukan’ sempena pilihan raya umum
ke-13 dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini,
turut berjanji memastikan isu-isu berkaitan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selain meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat dan
menyediakan lebih banayak bantuan kewangan kepada institusi agama berdaftar dan rumah ibadat.
BN juga berjanji menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas
pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
Menyentuh mengenai agama Islam, BN berjanji untuk mempromosi syiar dan
syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah dan meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
Sementara itu, kerajaan BN berjanji dalam tempoh lima tahun ini, ia akan
membantu menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama
Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
Selain mempromosi kebajikan imam, pegawai masjid dan guru-guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
BN juga berjanji untuk meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan
membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, di samping menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger