Label 10

Home » , , , , , » Lahad Datu Up Date !! Seorang Lagi Datuk Seri Di Buru !! Foto Untuk Sebarkan Segera !

Lahad Datu Up Date !! Seorang Lagi Datuk Seri Di Buru !! Foto Untuk Sebarkan Segera !

Written By AAKJ on Wednesday, April 3, 2013 | 7:59 PM



Polis hari ini mengumumkan sedang mencari seorang lagi lelaki yang bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali yang dipercayai ada hubungan dengan Kesultanan Sulu.

Katanya, suspek warganegara Malaysia itu yang berusia 57 tahun dipercayai dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes yang berkaitan dengan Ops Daulat.

"Pihak polis berharap beliau dapat menyerah diri di balai polis berdekatan dengan segera bagi membantu siasatan Ops Daulat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat.

Kok Liang berkata, alamat terakhir individu itu adalah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 4, 2013 at 5:47 AM

TAMPARULI - 57-year-old suspect known as Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl whom cops believed is involved with the recent Lahad Datu Sulu intrusion was shot dead at his residence in Tamparuli around 8pm yesterday.

His house was riddled with bullets which pierced through the concrete bricks.

Clarence who calls himself 'Datuk Seri' lives in Kampung Bawang, Tamparuli, about 45 minutes drive from Kota Kinabalu town. Sumber WikiSabah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger