Label 10

Home » , , , , , » Eksklusif !! Hujan Rahmat Iringi Pembubaran Parlimen 2013 !! Foto Eksklusif PM Sebelum Bubar !

Eksklusif !! Hujan Rahmat Iringi Pembubaran Parlimen 2013 !! Foto Eksklusif PM Sebelum Bubar !

Written By AAKJ on Wednesday, April 3, 2013 | 9:00 PM


Alhamdulillah, Tarikh keramat, 3hb April 2013, jam 1130am di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya, PM Najib umumkan pembubaran parlimen buat kali ke 12.

PM Najib amat tenang, wajah PM berseri dan penuh yakin ketika beliau lafazkan amanah yang diberikan pada beliau setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Malah lebih bertambah yakin kerana bersama beliau, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet yang lain juga ada bersama.

Tarikh keramat ini juga bersempena dengan genapnya PM Najib menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, menggalas harapan rakyat dari proses peralihan kuasa dan tanggungjawab yang berjalan dengan penuh santun yang memang menjadi tradisi parti Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia menunggu dengan sabar saat bersejarah ini. Walaupun berkali-kali spekulasi tarikh yang cuba digembar-gemburkan hinggalah saat hari ini, namun Rakyat Malaysia tetap ingin mendengar dan melihat sendiri peristiwa yang bersejarah ini.

Degup jantung terasa amay kencang, bukan kerana takut dengan pengumuman ini namun debaran terasa kerana saat untuk dapatkan kembali mandat dari rakyat sudah bermula.

Sebak rasanya malah terasa hiba bila dengar PM Najib umumkan bahawa Parlimen dengan rasminya dibubarkan. Hiba bila bertalu-talu mesej masuk ke peti simpanan mesej talipon bimbit. Mesej dari kawan-kawan seluruh negeri yang menyahut pembubaran ini dengan semangat untuk menangkan Barisan Nasional sekali lagi. Menang dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya.

Paling terasa hening bila saat PM Najib lafazkan bubar dengan rasmi, saat itulah aakj lihat di luar Pejabat Perdana Menteri hujan gerimis mulai turun. Hujan tanpa angin kencang, hujan yang ulama kata, HUJAN RAHMAT. Tiba-tiba bumi Putrajaya sejuk walaupun hujan yang turun bukan bersama angin yang kencang. Damai rasa hati saat itu.

Aakj dimaklumkan dari sahabat seluruh negara bahawa saat itu juga negeri Kelantan, Sabah, Perak dan negeri-negeri lain juga hujan turun dengan renyai-renyai, seolah menyambut peristiwa bersejarah ini dengan 'restu'.

Aakj juga dimaklumkan sebelum PM melangkah masuk ke ruang khas untuk membuat pengumuman bersejarah ini, PM sempat bersama NGO yang datang melawat Putrajaya menunaikan solat hajat mohon restu Ilahi agar Allah selamatkan Malaysia dari bala bencana.



Kepada seluruh Rakyat Malaysia, berfikir dan pilihlah dengan matang !

Nilailah apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat selama ini

Aakj tidak nafikan, sepanjang perjalanan membina negara tentunya ada kesilapan yang tidak d sengajakan..Aakj tidak nafikan kesilapan dan kekhilafan tanpa disengajakan bukan ukuran untuk menghukum Kerajaan Barisan Nasional dan bukanlah kayu pengukur.

Malah rakyat Malaysia semuanya tahu bahawa PM Najib dengan rendah diri telah memohon maaf kepada seluruh Rakyat Malaysia ketika beliau mula menjawat jawatan Ketua Negara. PM Najib mewakili seluruh barisan kepimpinan Barisan Nasional memohon maaf kepada anda semua...

Undilah Barisan Nasional ! 

Setiap Undi Tuan Puan adalah penting, fikirlah masa depan anak-anak..

-PM Najib





Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
April 3, 2013 at 9:50 PM

Doa ku semasa haji yg lepas di depan kaabah
" Ya Allah kau hancurkan DAP dan PKR. Ya Allah, kau satukan org melayu dan islam di Malaysia. Ya allah kau satukan UMNo dan PAS agar Islam di Malaysia menjadi kuat dan mampu menggoncang dunia"...amin..

Hidup UMNO dan BN!!!

Kepada PAS, kembalilah kepada Islam yg sebenar.
Tolak DAP dan PKR..

Anonymous
April 4, 2013 at 1:01 PM

Bersetuju... sama2 berdoa kpd Allah swt utk menghancurkan pengkhianat dan musuh Islam!

April 4, 2013 at 6:01 PM

Salam,
Saya bersetuju dengan apa yg ditulis diatas~
doa saya agar kita semua dapat menjalani kehidupan dengan lebih aman, damai dan MAJU di masa akan dtg dibawah kepimpinan Najib~

sama2lah kita mengundi BARISAN NASIONAL~

Anonymous
April 5, 2013 at 1:54 AM

BN ttp dhati (Y)

Anonymous
April 5, 2013 at 9:52 AM

Kemaafan mu di terima..aku pilih Undi..Hidup BN.!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger